Apa comfort food anda semua?
Kalau tanya penulis, always be tomyam atau sup dengan nasi panas. Juadah ini memberi rasa yang menyenangkan, dan kenikmatan serta memuaskan hati.
Tak nak bercakap tentang penulis, tapi Deepika Padukone baru-baru ini berkongsi satu video fun di mana dia bercakap mengenai cintanya terhadap makanan dan mendedahkan hidangan kegemaran.
Deepika Padukone Sukakan Nasi Putih Dan Rasam
Ratu dimple itu dilihat bertanya kepada team apa yang mereka makan dan salah seseorang bertanya kepadanya apa comfort food pilihannya.
[Instagram] Deepika Padukone : "What's your comfort food?" pic.twitter.com/ImvpNfONgj
— Deepika Padukone FC (@DeepikaPFC) January 12, 2021
Deepika kemudian mendedahkan bahawa makanan India Selatan adalah kegemarannya. Untuk lebih spesifik, Rasam dan Nasi Putih merupakan comfort food Deepika.
Apa Itu Rasam
Rasa sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam-masam hangat dan beraroma rempah ratus. Masam dari penggunaan asam jawa, hangat dari lada hitam dan cili kering manakala beraroma dari rempah jintan manis dan sedikit halba.
Boleh dimakan bersama nasi atau dihirup seperti sup biasa, mengikut kesukaan.
Rasam Ubat Terbaik Untuk Selesema
Rasam sangat sesuai untuk anda yang tidak sedap badan, tekak, selesema atau demam. Rasa rasam yang masam-masam dan panas membantu membersihkan saluran pernafasan, dan daun kari membantu anda mengatasi gejala seperti selesema.
- Foto – Indian Recipes
Daun kari, asam jawa, serbuk kunyit, lada merah dan biji sawi mempunyai sejumlah manfaat kesihatan jika anda terdedah kepada selesema dan batuk. Ia juga dikatakan sebagai makanan pemulihan yang sangat baik.
Penuh Dengan Nutrien
Rasam dipenuhi dengan thiamin, folic acid, vitamin A, vitamin C dan niacin bersama dengan mineral seperti potassium, iron, calcium, zinc, selenium, copper dan magnesium. Jadi ia makanan yang baik untuk dimakan kerana keseimbangan nutrien.
Nak Cantik Dan Diet Makan Rasam
Bagi orang yang ingin menurunkan berat badan, rasam bertindak menyingkirkan toksin dengan membuat badan berpeluh, menghasilkan lebih banyak air kencing dan mempercepat metabolisme.
Ia juga penuh dengan antioksidan yang mencegah aktiviti radikal bebas. Asam jawa kaya dengan antioksidan yang membantu menjaga kulit muda dan kenyal. Tomato yang digunakan dalam rasam dilengkapi dengan antioksidan dan vitamin C, yang meningkatkan kesihatan kulit.
Resepi Rasam Mudah Boleh Cuba
- Foto – Arkib Wanista
- 4 biji bawang merah kecil, hiris
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 5 tangkai cili kering, potong 2 atau 3, cuci dan toskan
- 1 tangkai daun kari
- 2 biji tomato, belah 4 setiap 1
- 3/4 camca besar lada hitam, tumbuk halus
- 1/3 camca teh serbuk kunyit
- 1 camca besar pes asam jawa*
- 3 cawan air*(*bancuh dan kacau rata)
- 1/2 camca teh jintan manis
- 1/2 camca teh biji sawi
- 10 biji halba
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Daun ketumbar untuk hiasan
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis daun kari, halba, jintan manis, biji sawi, bawang merah kecil, bawang putih dan cili kering (toskan dan perah) hingga harum dan layu. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tuang jus asam jawa dan tambah air secukupnya (dalam 1 liter). Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika rasa dah sempurna boleh matikan api.
- Boleh makan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.
Selamat Mencuba!