Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Hanya Menangis Saja, Masalah Kesihatan Ini Boleh Hilang

by Sofie Azizlan
January 14, 2021
Foto - The Chalkboard Mag

Foto - The Chalkboard Mag

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Asyik-asyik menangis saja, tak tahu malu ke?”

Tiada siapa yang suka menangis sama ada secara bersendirian atau pun di hadapan khalayak ramai. Perbuatan menangis ini sering disalah erti dan menjadi simbolik kepada kelemahan.

Buat pengetahuan kamu, perbuatan ini sebenarnya tidak menunjukkan seseorang itu lemah, malah ia sebenarnya dapat membantu seseorang itu dari segi kesihatan.

Sekali-sekala, tidak salah untuk mengeluarkan air mata kerana setiap titisan itu memberikan manfaat yang kamu sendiri tidak tahu. Jika kamu mahu tahu apakah manfaat tersebut, teruskan membaca!

Kenapa Ada Masa Anda Menangis Tanpa Sebab, Ini Kata Doktor

July 6, 2020

Kenapa Ada Orang Teleng Kepala Bila Tengok Televisyen?

May 26, 2020

Mencuci Mata

Setiap hari, mata kita terdedah kepada pelbagai jenis zarah kotoran, debu dan beberapa bakteria. Setiap zarah-zarah kecil yang memasuki mata ini sukar dilihat pada mata kasar.

Foto – Pinterest

Jadi sebab itulah kita sering merasa kerengsaan dan gatal-gatal pada mata akibat pendedahan ini. Secara tidak langsung, kekotoran ini membuatkan mata kita berada dalam keadaan yang berbahaya.

Dengan menangis, kamu sebenarnya membersihkan mata dengan menghilangkan kekotoran dan kerengsaan selain melindungi mata. Kalau kamu mahu tahu, air mata mengandungi lisozim iaitu bahan kimia anti-bakteria yang dapat melawan jangkitan pada mata.

Tingkatkan Penglihatan 

Seperti badan, mata juga memerlukan jumlah air yang cukup untuk kekal terhidrat dan mengelakkan daripada mata menjadi kering yang melampau.

Foto – ADV Vision

Untuk mata sentiasa kekal terhidrat, selain mempunyai air yang cukup, kamu juga melembapkan mata dengan menangis. Ini kerana dengan menangis sebenarnya ia berfungsi sebagai pelembap untuk mengelakkan mata daripada kering dan kerengsaan.

Selain itu, apabila menangis seseorang individu itu dapat meningkatkan kemampuan mata untuk kekal fokus dan tingkatkan penglihatan secara menyeluruh.

Hilangkan Stress 

Adakah kamu tahu, sebenarnya dengan menangis kamu boleh menghilangkan stress dan beberapa penyakit kronik yang lain?

IKLAN

Foto – Psychology Today

Untuk pengetahuan kamu jika seseorang individu terlalu stress, ia boleh menghadapi risiko sakit jantung, kerosakan tertentu pada otak, menyebabkan masalah pencernaan dan boleh menyebabkan sakit kepala serta migrain.

Dengan menangis ia boleh menjadi sebagai rawatan sementara untuk seseorang individu bagi menghilangkan stress. Apabila mereka mula menangis, segala masalah dan tekanan yang dihadapi akan ‘keluar’ bersama-sama dengan air mata tersebut.

Rendahkan Tekanan Darah 

Siapa sangka dengan hanya menangis, kamu boleh mengurangkan tekanan darah tinggi? Betul, sebenarnya perbuatan menangis ini elok dan bagus untuk membantu pesakit darah tinggi.

Foto – Narayana Health

Tetapi kamu jangan salah faham. Bukannya perlu menangis secara berterusan atau dengan kerap, kamu hanya perlu menangis secara berkala kerana ia berfungsi sebagai salah satu alternatif dalam merendahkan darah secara semula jadi.

Dengan hanya menangis, ia dapat menurunkan tekanan darah dan nadi dengan kadar segera. Jika tidak, tekanan darah yang tinggi boleh akibatkan kerosakan jantung dan saluran darah. Di mana keadaan ini boleh menyebabkan strok, kegagalan jantung dan demensia.

Mengurangkan Manganese

Adakah kamu tahu, dengan hanya menangis, perbuatan ini dapat mengurangkan tahap manganese dalam badan. Kalau kamu mahu tahu, manganese ini adalah mineral yang diperlukan oleh badan untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan normal.

Foto – Very Well Health

Tetapi jika manganese ini berlebihan dalam badan, ia dapat mempengaruhi mood, kegelisahan dan kerengsaan. Manganese ini juga terdapat dalam air mata iaitu kepekatan yang lebih tinggi berbanding dalam darah.

Buang Toksin Daripada Badan 

Ketika menangis juga, ramai yang tidak tahu sebenarnya air mata ini dapat membuang toksin daripada badan kamu.

Foto – The Independent

Sebab itulah apabila menangis, kamu dapat membunang hormon stress seperti kortisol. Hormon ini sering ‘muncul’ ketika seseorang individu itu berada di kemuncak emosi dan boleh mendatangkan bahaya pada badan.

Secara fizikal dan mental, menangis ini dapat membantu seseorang individu itu bermula kembali daripada ‘kosong’ iaitu berasa bebas daripada segala tekanan.

Jadi selepas ini, kamu tidak perlu malu untuk mengeluarkan air mata. Ini kerana perbuatan menangis ini sebenarnya memberikan pelbagai manfaat yang kamu sendiri tidak tahu kepada kesihatan kamu.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: Kebaikan MenangisManfaat Menangismasalah hilang apabila menangismasalah kesihatanmasalah kesihatan dan menangisnangis boleh hilangkan masalah kesihatan
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.