• Latest
Foto - Getty Images

Tak Reti Main, Ini Cara Betul Mahir Permainan Kad UNO

January 15, 2021
Foto - Facebook

Dah Boleh Rentas Daerah, 5 Hotel Sekitar Lembah Klang Berbaloi Check-In!

March 7, 2021
Foto - The Knot

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Monday, March 8, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Tak Reti Main, Ini Cara Betul Mahir Permainan Kad UNO

by Sofie Azizlan
January 15, 2021
Foto - Getty Images

Foto - Getty Images

7
SHARES
74
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bosan pada hujung minggu? Apa kata kamu cuba permainan kad UNO bersama keluarga atau rakan. Selain ia menyeronokan, kamu juga boleh buatkan setiap orang meluangkan masa bersama-sama.

Tetapi bukan semua orang tahu cara bermain kad UNO dengan betul. Ada juga yang tidak tahu bermain, ada yang tidak tahu peraturannya dan ada juga yang tidak tahu maksud di sebalik kad UNO tersebut.

Jadi, apa cara yang betul untuk mahir permainan kad UNO yang betul menggunakan peraturan yang sebenarnya? Kalau kamu nak tahu, teruskan membaca!

Tahu Makna Sebalik Kad UNO

  • Kad Draw Two 

Foto – Twitter

Jika kamu mempunyai kad ini, pemain selepas kamu mesti mengambil 2 kad yang sama warna dengan kad Draw Two kamu di berada di tengah. Selepas pemain tersebut menarik kad itu, mereka akan terlepas giliran daripada bermain. Jika di awal atau akhir permainan kad ini muncul, kamu perlu menggunakan peraturan yang sama.

  • Kad Reverse 

Sekiranya pada awalnya kamu bermain dalam keadaan arah jam, sekiranya kamu menggunakan kad ini, secara automatiknya permainan kamu akan berubah menjadi lawan jam.

Foto – Twitter

Pemain selepas kamu pada permulaannya (arah jam) tidak akan dapat gilirannya malah pemain sebelum kamu akan memulakan permainan itu (lawan arah jam) sehingga akhir.

  • Kad Skip

Ketika kamu menggunakan kad ini, pemain selepas kamu akan dilangkau atau erti kata lain, mereka terlepas giliran bermain.

Foto – Twitter

Untuk kitaran yang dilangkau itu akan diteruskan permainannya tanpa pemain tersebut sehingga ia selesai. Ketika kitaran seterusnya, pemain yang dilangkau itu boleh bermain semula.

  • Kad Wild 

Jika kamu dikenakan dengan kad Wild ini, kamu boleh mengambil warna atau apa-apa nombor mengikut pemilik kad tersebut. Kad ini dipanggil sebagai liar kerana pemilik tersebut boleh memaksa kamu bermain menggunakan kad yang berwarna atau nombor yang kamu tidak ada.

Foto – Pinterest

Kad ini berwarna hitam dan mempunyai keempat-empat warna di atasnya dan sekiranya ia muncul di awal permainan, peraturan yang sama tetap digunakan.

  • Kad Wild Draw 4 

Foto – Twitter

Untuk kad Wild Draw 4, kamu boleh lihat kad ini mempunyai simbol “+4” di atasnya dengan empat jenis warna. Sekiranya pemilik kad menggunakan kad ini, kamu perlu menarik empat kad mengikut jenis warna yang diminta oleh pemilik dan giliran dilangkau seperti kad Skip.

Cara Bermain Permainan Kad UNO 

  • Pilih Peniaga 

Untuk menentukan peniaga, pada permulaannya seorang individu daripada kalangan pemain akan shuffle kad UNO tersebut. Setelah shuffle, setiap pemain akan menarik satu kad.

IKLAN

Foto – Pexels

Pemain yang mempunyai kad yang mempunyai nombor tertinggi akan digelar sebagai peniaga. Bagi pemain yang mempunyai kad khas yang tidak mempunyai nombor, mereka akan meletakkan kad tersebut dan menarik kad baru.

Setelah peniaga telah dipilih, setiap pemain akan diberikan sebanyak 7 kad. Kad selebihnya akan diletakkan di tengah secara menghadap ke bawah.

Foto – Game Together

Kad yang menghadap ke bawah ini dipanggil sebagai “Draw Pile“. Satu pemain akan mengambil satu kad dan diletakkan di sebelah Draw Pile secara menghadap ke atas untuk memulakan permainan. Kebiasaannya, permainan ini dimainkan mengikut kitaran arah jam.

(Fakta: Jika kad pertama yang ditarik untuk memulakan permainan iaitu kad Wild atau Wild Draw 4, kad tersebut perlu diletakkan di tengah Draw Pile dan tarik kad baru.)

  • Mula Permainan 

Ketika bermain, pemain perlu memadankan nombor atau warna kad mereka yang berada di tangan dengan kad yang berada di sebelah Draw Pile. Setelah dipadankan, permainan itu akan bergerak kepada giliran pemain seterusnya.

Foto – Jason Pace

Jika pemain tidak mempunyai kad yang sepadan (warna atau nombor) tetapi mempunyai kad Wild atau Wild Draw 4, pemain boleh gunakan kad tersebut dan membuatkan pemain seterusnya mengambil kad berdasarkan warna yang dipilih oleh pemilik kad tersebut.

Pemain yang dikenakan dengan kad Wild atau Wild Draw 4, mereka mesti mengambil kad baru daripada Draw Pile. Sekiranya kad yang ditarik tidak sama seperti yang diminta, mereka akan terus mengambil kad tersebut sehingga berjaya.

Foto – Useful Tips

Setelah memadankan kad yang menghadap ke atas di sebelah Draw Pile, permainan tersebut diteruskan kepada pemain seterusnya.

(Tips: Setiap pemain yang mempunyai kad istimewa masing-masing, mereka boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan semasa di awal, tengah atau akhir permainan.)

  • Akhir Permainan 

Sekiranya kamu hanya mempunyai satu kad di tangan, kamu perlu cakap “LAST CARD” dengan kuat sehingga pemain lain dengar.

Foto – UNO Rules

Setelah bermain dan hampir meletakkan kad terakhir di sebelah Draw Pile, kamu perlu cakap “UNO” dengan kuat sebagai tanda kamu telah habis bermain permainan tersebut. Jika ada pemain lagi mempunyai kad, mereka akan terus bermain sehingga tiada kad di dalam tangan.

Untuk lebih memeriahkan permainan kad UNO ini, kamu boleh bermain dalam satu kumpulan besar. Tetapi jika kamu tidak mempunyai pemain yang ramai, tidak mengapa kamu masih lagi boleh bermain permainan ini.

Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: cara betul main kad unocara main kad unokad unopermainan kad unotips main kad unouno
Share3Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Tak Reti Main, Ini Cara Betul Mahir Permainan Kad UNO

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.