Bagi wanita yang menginjak usia pastinya sangat menitikberatkan perubahan kulit muka, masalah ini acap kali berlaku pada wanita tatkala meningkat usia.
Jadi bagaimana cara untuk tangani masalah seperti tanda-tanda penuaan, garis halus, kedutan dan masalah kulit yang lain?
Tahu tak produk penjagaan dan kecantikan wajah jenama Nutox dikatakan sangat sesuai guna untuk wanita yang berusia, dan kebanyakan koleksi produk yang ada ini antara yang mendapat rekomen dan merupakan pilihan ramai.
Nutox Advanced Serum Concentrate 30ML – RM78.90 [BELI]
Serum ini di formula khaskan bagi melawan anti-penuaan pada kulit wanita, bukan itu saja dengan Actigenic+ dan juga ekstrak sarang burung dua kali ganda akan membuatkan kulit muka jadi lebih anjal, ringan, elastik dan kulit akan menghasilkan kolagen secara semulajadi.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit muka.
- Foto – Arkib Wanista
Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 30ML – RM95.90 [BELI]
Sepertinya serum ini akan membekalkan awet muda buat wanita berusia, ia mengandungi bahan anti-penuaan dengan tekstur yang ringan meresap masuk ke dalam kulit serta membaiki struktur kulit dari dalam.
Selain itu, ia juga akan mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin dalam kulit wanita. Serum ini sesuai bagi wanita berusia yang mempunyai kulit sensitif.
- Foto – Arkib Wanista
Nutox Anti-Ageing Cream 30ML – RM52.10 [BELI]
Krim berkuasa tinggi yang di formula khas untuk menegangkan kulit, menganjalkan kulit dan juga melembutkan tona kulit wanita berusia agar sekata.
Krim anti-penuaan ini memiliki ekstrak sarang burung dan ekstrak botanikal yang memberi kesan menegangkan kulit secara berpanjangan serta memberi kesan anti-kedutan pada kulit muka.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit muka.
- Foto – Arkib Wanista
Nutox Moisture Emulsion SPF25 PA++ 50ML – RM52.10 [BELI]
Emulsion ini merupakan serum berkesan melawan anti-penuaan pada kulit muka wanita, dengan teksturnya yang ringan, cepat meresap ke dalam kulit membuatkan ia disukai ramai.
Selain itu, emulsion ini juga menghasilkan pelembap yang tidak berminyak pada kulit, tambahan lagi ia juga dapat mengurangkan kedutan di muka.
Emulsion ini juga diperkaya dengan SPF 25PA++ yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya, Emulsion ini sesuai digunakan bagi semua jenis kulit.
- Foto – Arkib Wanista
Nutox Renewing Treatment Essence 30ML – RM71.90 [BELI]
Essence rawatan ini akan membekalkan kulit muka wanita berusia kelihatan bersinar sepanjang masa, ini adalah kerana Essence ini diperkaya dengan LumiNes yang memberi kesan pelembapan secara mendalam.
Bukan itu saja, ia juga membaiki tekstur kulit agar jadi lebih lembut, bersinar dan lebih cantik dari sebelum ini. Essence ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka.
- Foto – Arkib Wanista
Jika kamu ingin menjaga kulit wajah dari sekarang, kamu mungkin boleh mencuba beberapa produk yang Wanista senaraikan di atas.
Bagi yang ingin melihat apa lagi produk-produk yang bagus untuk wanita berusia, kamu boleh layari laman sesawang Nutox [SINI].
Siapa yang tidak mahu miliki kulit wajah yang anjal, gebu, lembut dan bergetah seperti berusia belasan tahun kan, selamat mencuba♥