Kulit lembap atau seakan berminyak lebih baik daripada kulit kering. Kulit kering buat seseorang nampak lebih tua, kusam, malap, dan tidak berseri-seri.
Anda pernah alami masalah kulit kering sekitar mulut. Kulit kering di sekitar mulut boleh disebabkan oleh banyak masalah, termasuk dermatitis perioral, dehidrasi, alergi, dan kerengsaan dari penggunaan produk tertentu.
Sekiranya anda tidak pasti mengenai punca kulit kering, rujuk pada yang pakar. Bila anda tahu penyebab kepada kulit kering, seksrang-kurangnya anda boleh memutuskan untuk rawatan.
Kulit di sekitar mulut boleh kering kerana banyak sebab, seperti:
Dermatitis Perioral
Keadaan ini biasa berlaku pada wanita dewasa, dermatitis perioral boleh menyebabkan tompok-tompok kering dan bersisik di sekitar mulut dan ia juga boleh merebak ke hidung dan bawah mata.
- Foto – Medical News Today
Masalah kulit ini biasanya berwarna merah dan bersisik. Ia juga boleh disertai dengan rasa gatal atau sensasi seakan terbakar. Masalah kekeringan sekitar mulut ini juga boleh merebak hingga kulit di sekitar mata.
Kekurangan Sebum
Kulit kita menghasilkan minyak agar kekal terhidrat. Kadangkala, jika ia menghasilkan terlalu banyak minyak, jerawat boleh tumbuh, atau keadaan sebaliknya akan mengakibatkan kulit kering.
- Foto – Medical News Today
Kulit yang kering tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi dan permukaan kulit akan kelihatan kasar atau bersisik. Mencuci muka secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan minyak muka, yang turut menyebabkan masalah kekeringan.
Dermatitis Kontak Yang Merengsa
Salah satu penyebab kulit kering sekitar mulut adalah dermatitis kontak yang bersifat merengsakan, yang berlaku apabila kulit anda terdedah kepada bahan-bahan yang merengsakan kulit.
- Foto – Medical News Today
Ini boleh menyebabkan:
- Tompok-tompok merah
- Kulit lepuh
- Kegatalan atau sensasi seakan terbakar
Perkara ini boleh berlaku di sekitar mulut daripada air liur atau tindakan menjilat bibir anda.
Alahan
Kulit di sekitar mulut boleh menjadi kering hingga menggelupas mungkin kerana terdedah pada bahan kimia yang keras, seperti:
- Foto – Derm Collective
- Sabun
- Produk mekap
- Produk gigi
Elakkan produk wajah yang mengandungi bahan kimia seperti alkohol khususnya. Pilih produk semula jadi dengan bahan-bahan yang ringan.
Keadaan Kulit
Keadaan tertentu boleh merosakkan penghalang kulit, menyebabkan kekeringan dan ruam. Sebilangan masalah ini termasuk dermatitis atopik, ekzema dan psoriasis.
Bila keadaan ini terjadi, melembap dengan losyen atau minyak dapat membantu melegakan kulit kering di sekitar mulut.
- Foto – Quotes
Pertimbangkan untuk berjumpa dengan pakar dermatologi jika kulit kering berterusan. Pakar dermatologi selalunya dapat mendiagnosis penyebab kulit kering di sekitar mulut. Mereka biasanya melakukannya setelah memeriksa kawasan yang terjejas dengan teliti dan membincangkan sejarah perubatan peribadi dan keluarga.
Paling penting ingat sentiasa banyakkan minum air.
Selamat Beramal!