• Latest
Foto - Nakita.id

Tangan Makin Panas Dan Pedas Lepas Pegang Cili? Ikut 9 Tips Ini

January 17, 2021
Foto - Quora

Suka Ke Menyampah? Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan

February 27, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021
Foto - ABC7/Stereogum

Ngeri Penjaga Anjing Lady Gaga Kena Tembak

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Tangan Makin Panas Dan Pedas Lepas Pegang Cili? Ikut 9 Tips Ini

by Sofie Azizlan
January 17, 2021
Foto - Nakita.id

Foto - Nakita.id

42
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak kiralah masak di rumah atau merewang di kenduri, cili sememangnya penting untuk menyedapkan lagi makanan tersebut dan memberikan aroma.

Tetapi semakin lama memegang cili, semakin panas dan rasa berpijar tangan akibat kepedasan cili tersebut.

Mulalah tidak boleh duduk diam kerana panas dan tidak boleh memegang tubuh badan yang lain. Apabila sudah panas dan pedas, semestinya kita akan cari solusi untuk hilangkan pedas tersebut.

Buat itu tidak kena, buat ini tidak kena malah makin menjadi-jadi pedasnya. Jadi apakah cara yang betul untuk hilangkan pedas dan panas pada tangan?

Ramas Hampas Kelapa 

Foto – Keluarga / Kit Pra Menulis

Jika di rumah kamu mempunyai hampas kelapa, kamu juga boleh gunakannya. Hanya gengam dan ramaskan hampas kelapa tersebut. Lakukan sehingga rasa pijar pada tangan hilang dan basuh tangan sehingga bersih selepas itu.

Gosok Tangan Pada Keluli

Mungkin nampak pelik jika kamu tiba-tiba melihat ibu atau orang dahulu menggosok tangan mereka pada sinki atau sudu.

Foto – Ms Hayhill / Buttercup Malaysia (Facebook)

Sebenarnya jika kamu melihat ada orang berbuat sedemikian, ia adalah disebabkan oleh rasa pijar dan pedas pada tangan. Mudah sahaja, kamu boleh mengambil sudu dan gosok pada tangan.

Dalam beberapa minit selepas itu, lalukan air pada tangan dan ulang semula langkah ini daripada mula sehingga rasa pedas tersebut hilang.

‘Tanam’ Tangan Dalam Beras

Sebelum ‘menanam’ tangan ke dalam beras, pastikan tangan kamu tidak berair dan kering. Kemudian, masukkan tangan ke dalam tong beras dan biarkan sehingga rasa panas pada tangan tersebut hilang.

Foto – Islam Rahmah

Jika kamu tidak mahu merendam tangan pun tidak mengapa. Kamu boleh cuba dengan menggenggam beras sehingga rasa pedas hilang. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa sehingga bersih.

Sapu Minyak Masak Pada Tangan

Kalau orang-orang tua dahulu, mereka hanya menggunakan minyak masak sahaja untuk hilangkan rasa pedas dan panas pada tangan.

Foto – Sirap Limau

Hanya menggunakan langkah yang mudah sahaja, kamu ambil dan letakkan di telapak tangan dan sapu secara keseluruhan tangan dan celah-celah jari. Biarkan seketika sehingga rasa pedas hilang dan bilas menggunakan air bersih.

Lumur Tangan Dengan Sos Tomato 

Bukan hanya untuk kanak-kanak yang tidak sukakan sos pedas. Sos tomato ini juga boleh berfungsi sebagai ejen dalam hilangkan rasa pedas pada tangan.

IKLAN

Foto – OU Kosher

Mudah dan paling cepat, hanya dalam masa 15 minit sahaja rasa pedas pada tangan boleh hilang. Letakkan sos tomato ke dalam mangkuk mengikut sukatan mengikut sukatan kamu sendiri. Kemudian rendamkan tangan ke dalamnya sehingga rasa pedas hilang. Akhir sekali, bilas tangan dengan air bersih.

Cuci Tangan Dengan Sabun Pinggan

Guna sabun pencuci pinggan sahaja pun sudah boleh hilangkan rasa pijar pada tangan. Tetapi bukan semata-mata menggunakan sabun sahaja. Kamu mestilah tahu cara yang betul supaya ia berkesan dan lebih efektif.

Foto – Pinterest

Pertama sekali, campurkan air suam ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit pencuci pinggan ke dalamnya. Kemudian, rendam dan gosok di antara celah jari dan ratakan ke seluruh tangan. Lakukannya sehingga kamu sudah tidak rasa pedas pada tangan.

Rendam Tangan Dalam Air Asam Jawa

Menggunakan air asam jawa, ambil semangkuk air dan rendamkan asam jawa ke dalamnya. Kemudian, kamu rendamkan tangan ke dalam mangkuk tersebut sambil menggosok di celah-celah jari dan tangan.

Foto – Supplied / Cerita Kak Z (Blog)

Gosok sehingga tangan kamu sudah tidak berasa pijar dan panas. Kemudian, bilas tangan kamu sehingga bersih.

‘Scrub’ Tangan Guna Garam Atau Gula 

Mudah dicapai di dapur, kamu boleh gunakan garam atau gula. Jika kamu menggunakan garam, hanya ambil dalam segengam sahaja dan scrub di keseluruhan tangan dan celah jari.

Foto – Sirap Limau

Kemudian biarkan seketika sehingga kamu rasa tidak pedas pada tangan. Dan bilas menggunakan air bersih. Langkah yang sama dilakukan jika kamu menggunakan gula.

Siram Dan Rendam Tangan Dengan Susu

  • Susu Minum 

Foto – Ceria SIhat

Kalau makan makanan pedas, sudah semestinya kita akan minum air susu untuk menghilangkan rasa pedas. Untuk hilangkan pedas pada tangan pula, kamu boleh siram atau rendamkan tangan dalam mangkuk yang berisi susu sehingga hilang rasa pedas tersebut.

  • Susu Pekat Atau Cair 

Jika kamu mempunyai susu pekat atau cair, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan rasa pedas pada tangan. Lebih bagus jika susu pekat atau cair tersebut berada dalam keadaan sejuk.

Foto – Shopee Malaysia

Ambil semangkuk susu pekat atau cair, rendamkan tangan kamu dalamnya. Kemudian lumurkan ke seluruh tangan sehingga rasa pijar dan panas tersebut hilang.

Kalau selepas ini kamu rasa tangan seperti mahu panas dan berpijar disebabkan oleh cili, cepat-cepat lakukan salah satu petua ini untuk hilangkannya. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5

Tags: hilangkan pedas cili di badanhilangkan pedas cili di tanganhilangkan pedas di tangantangan jadi panas sebab cilitangan pedas sebab cilitips hilang pedas dan panas cili di tangan
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Tangan Makin Panas Dan Pedas Lepas Pegang Cili? Ikut 9 Tips Ini

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.