Kes sporadik semakin meningkat naik di Malaysia, jumlah pertumbuhan kes yang naik mendadak ini kebanyakannya berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan daerah serta berhimpun di suatu tempat.
Mungkin masih ada yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan kes sporadik, dan menyalah ertikannya sebagai kes kluster.
Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai kes sporadik untuk pemahaman semua.
Apa Itu Sporadik
- Foto – Committee To Protect Journalists
Meski kebanyakan kes sporadik di berkaitkan dengan aktiviti rentas negeri dan sebagainya, ini yang perlu orang ramai tahu apa itu kes sporadik yang sebenarnya.
- Individu yang dijangkiti tidak diketahui asal atau punca jangkitan itu berlaku.
- Tidak mempunyai sejarah perjalanan
- Tidak berhubung dengan kontak rapat Covid-19
- Jangkitan boleh berlaku di mana-mana saja tanpa disedari
Jadi Bagaimana Diri Boleh Dijangkiti?
- Foto – FMT
Untuk pengetahuan semua, kes sporadik merupakan antara kes yang agak sukar untuk ditangani kerana pihak kesihatan tidak dapat menyiasat asal usul atau punca jangkitan berlaku.
Orang awam boleh dijangkiti ketika pergi ke pasar, pusat membeli-belah, pejabat, kedai makan, atau ketika menaiki kenderaan awam.
Dalam banyak-banyak tempat yang kita kunjungi berpotensi membuatkan diri dijangkiti tanpa sedar, dan tahu-tahu saja diri sudah dijangkiti.
Tambah parah ada yang jenis tidak menunjukan sebarang tanda jangkitan, kemudian keluar ke merata-rata tempat atas urusan peribadi atau bekerja.
Apa Yang Perlu Dilakukan?
- Foto – Today Online
Jadi apa yang boleh kita semua lakukan bagi menangani kes sporadik ini semakin berleluasa dalam komuniti, untuk makluman semua virus ini boleh berada di mana-mana saja dan dianya tidak boleh di lihat dengan mata kasar.
Apa yang boleh semua orang lakukan adalah kerap memakai sanitizer, kerap membasuh tangan dengan sabun, elakkan berada di tempat yang ramai orang berkumpul seperti dalam pengangkutan awam, tandas awas, pusat membeli-belah, dan sebagainya.
Selain itu, elakkan dari keluar rumah jika tiada urusan penting dan elak duduk atau berdiri rapat dengan individu lain tatkala melakukan sebarang tugas.
Semua Perlu Beri Kerjasama
- Foto – Soft Drank Soft
Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan ataupun pihak Kementerian Kesihatan saja memberi panduan dan nasihat, orang ramai juga perlu mengikuti arahan dan panduan SOP yang diberikan.
Kes sporadik ini boleh berlaku pada sesiapa saja dan di mana-mana saja tanpa kita semua sedari, jadi apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri adalah dengan mengikuti panduan dan SOP yang telah dikongsikan.
Semua orang perlu beri kerjasama untuk menangani virus yang mula meliar dalam komuniti kita.