Pening lihat terlalu banyak peraturan apa yang perlu dan tidak patut buat, semasa date pertama kamu dan si dia? Jangan susah hati, sebenarnya untuk first date kamu tiada ‘rules’ yang pelik-pelik atau luar biasa harus kamu ikuti.
Cukup dengan hanya mengamalkan lima perkara ini untuk jalani first date yang normal dan menyeronokkan, nak tahu apakah itu jom lihat di bawah.
Ini Yang Perlu Kamu Buat
#1 Jadi Diri Sendiri
- Foto – Self
Tidak kira first date atau yang seterusnya, jadilah diri sendiri di depan pasangan kamu kerana itu lebih baik dan si dia sendiri boleh menilai serta cuba untuk mengenali diri kamu dengan lebih rapat.
#2 Simpan Telefon Di Poket @ Dalam Beg
- Foto – Unsplash
Semasa dating perkara yang harus kamu lakukan adalah meluangkan masa dan beri perhatian kepada si dia, oleh itu kurangkan bermain dengan telefon dan simpan telefon dalam poket atau beg semasa dating.
#3 Pakai Kasut Flats
- Foto – Cheat Sheet
Tidak kira first date kamu dan dia mempunyai perancangan atau sebaliknya, seelok-eloknya pakailah kasut jenis flats untuk memudahkan pergerakan kamu nanti.
#4 Jaga ‘Eye Contact’
- Foto – Panda Gossips
Selain itu, semasa first date kamu juga perlu menjaga eye contact tatkala berbicara dengan si dia ini kerana dengan eye contact yang berterusan barulah kamu berdua dapat berinteraksi dengan baik.
#5 Tunjuk Aura Positif
- Foto – Irreverent Gent
Untuk first date kamu, apa yang penting adalah tunjukan aura positif kamu semasa keluar berpacaran dengan cara itu perjalanan dating kamu akan jadi lebih menarik dan harmoni.
Ini Yang Tidak Patut Kamu Buat
#1 Jangan Lewat
- Foto – Askmen India
Wanita selalu rasa datang lewat semasa dating adalah satu perkara biasa, tetapi ianya merupakan rutin dan habit yang tidak bagus terutama ianya adalah first date kamu. Jadi datang ke lokasi pertemuan tepat pada waktunya.
#2 Tak Perlu Buka Cerita Tentang Bekas Kekasih Lama
- Foto – Glamour
Semasa date pertama ini tak perlulah kamu membuka kisah dan cerita lama mengenai bekas kekasih kamu, hanya kerana nak lihat dia cemburu atau tidak kerana ini baru fasa pertama kamu dan si dia.
#3 Jangan Fikir Idea Yang Pelik Atau Terlalu Mengharap
- Foto – Pinterest
Satu lagi tolong jangan fikir yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik terhadap pasangan kamu semasa first date ini, apatah lagi jangan terlalu berharap kerana kamu berdua baru dalam fasa mengenali antara satu sama yang lain.
#4 Tak Perlu Beri Terlalu Banyak Maklumat Tentang Diri Kamu
- Foto – Philadelphia Magazine
Semasa first date ini tak perlulah kamu memberi terlalu banyak sangat maklumat diri kepada si dia, kenali pasangan kamu secara perlahan-lahan dan tidak perlu terburu-buru berkongsi segala rahsia diri kamu.
#5 Tak Perlu Pakai Pakaian Terlalu Seksi
- Foto – Zoosk
Meski pakaian penting untuk first date kamu, tapi tak perlulah berpakaian terlalu seksi hingga memberi tafsiran yang bukan-bukan kepada si dia.
Kamu ingin mengenali si dia dan bina hubungan yang sihat bukan, oleh itu berpakaianlah secara baik kerana itu lagi bagus untuk first date kamu dan dia.
Dengan tips peraturan diatas, kamu tidak perlu panik apa nak buat dan apa yang tidak patut buat untuk first date kamu dan dia.
Selamat beramal♥