Mencari gaun kahwin satu perkara yang merumitkan.
Setiap raja sehari ada idea serta impian yang diinginkan pada persalinan majlis bahagia mereka. Ada wanita impikan gaun ala Cinderella yang sudah diidamkan sejak kecil lagi. Ada pula selesa memilih persalinan tradisional sopan penuh adat istiadat Melayu. Mungkin elemen bohemian laut, dan macam-macam lagi.
Memandangkan kita masih lagi berada dalam kekangan pandemik, jadi majlis untuk sebuah perkahwinan juga lebih ringkas dan sederhana, melakukan apa yang perlu dan wajib saja.
Untuk itu, Wanista nak kongsikan satu gaun perkahwinan penuh klasik, perincian cukup memikat mata tapi memberi memori bahagia di kala menyarungnya. Anda boleh jadikan inspirasi di hari bahagia nanti.
Selebriti Alex Gonzaga Pilih Gaun Ala Victoria
- Foto – INSTAGRAM/CATHYGONZAGA
Alex Gonzaga merupakan pelakon dan youtuber yang terkenal di Filipina. Selepas lamanya menjalin cinta bersama lelaki pilihan, akhirnya wanita kelakar ini selamat melangsungkan perkahwinan serba sederhana di kala pandemik.
- Foto – INSTAGRAM/CATHYGONZAGA
Mahlihat perkahwinan yang simple tapi gaunnya terlalu indah dan manis sekali. Inspirasi era Victoria, gaun rekaan pereka Rajo Laurel menampilkan gaun paras buku lali dari fabrik organza dengan potongan korset di bahagian pinggang, serta lengan beropol yang besar.
- Foto – INSTAGRAM/CATHYGONZAGA
Riasan Wajah Nude Dan Dandanan Ponytail
Untuk riasan wajah pula Alex minimalis sekadar tampil solekan natural menggunakan shade peach untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi serta manisnya. Memang ketara wajahnya yang flawless, penampilan glowing penuh romantik.
- Foto – INSTAGRAM/CATHYGONZAGA
Dandanan rambut pula hanya melakukan clean ponytail dari reben rona putih krim, senada dengan gaun fairtytale. Tambahan, Alex memilih sepasang flat berhias warna kelabu muda dari Manolo Blahnik Hangisi.
Tertawan melihat gaun perkahwinannya? Congratulations to the newlyweds!