Anlene memperkenalkan rumusan terbaik untuk diet yang seimbang. Kekal aktif dengan pergerakan dan fleksibiliti yang lebih baik serta rasa lebih bertenaga!
Menyedari akan kepentingan kesihatan untuk mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia memperkenalkan ACTIFIT 3X dan GOLD 5X.
Anlene Tampil Susu Dengan Nutrien Untuk Kesihatan Orang Dewasa
Anlene GOLD 5X dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan.
- Foto – Anlene
Rumusan unik yang terdapat dalam produk ini ialah MFGM Active – gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi.
Dalam setiap gelas susu Anlene, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X yang mengandungi:
- Kalsium
- Protein
- Vitamin (B2, B6, B12, C, D, E)
- Kolagen
Pentingnya Menjaga Kesihatan Muskuloskeletal
Pakar menasihati golongan dewasa dalam usia pertengahan umur untuk menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka di peringkat awal bagi menyokong kualiti hidup yang lebih baik menjelang peningkatan usia di masa hadapan.
Kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi agar kekal kuat.
- Foto – Anlene
Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.
Produk kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara dan secara dalam talian di kedai rasmi kami di Shopee dan Lazada.
Harga runcit yang disyorkan bagi Anlene ACTIFIT 3X (1kg) ialah RM34.65 dan Anlene GOLD 5X (1kg) pula ialah RM38.90.
Selamat Beramal!