• Latest
Foto - The Independent

Sebenarnya Perlu Atau Tidak Untuk Kita Cuci Lubang Pusat?

January 19, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Sebenarnya Perlu Atau Tidak Untuk Kita Cuci Lubang Pusat?

by Sofie Azizlan
January 19, 2021
Foto - The Independent

Foto - The Independent

39
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Head-to-toe boleh dikatakan setiap inci badan, pasti kita akan berusaha untuk mengekalkan dan menjaga kebersihan.

Tetapi di sebalik penjagaan kebersihan badan, adakah kamu mencuci lubang pusat dalam pada masa yang sama? Boleh dikatakan sebanyak 80% manusia akan mengabaikan lubang pusat. Ini kerana mereka menganggap ianya tidak kotor atau memberikan apa-apa jangkitan penyakit pada badan.

Sebenarnya, lubang pusat perlu dibersihkan sama seperti setiap anggota badan yang lain. Kalau tidak, lubang pusat berupaya untuk menjadi tempat kepada pembiakan kuman dan bakteria.

Jadi apakah cara yang betul untuk mencuci lubang pusat? Adakah hanya cuci sebagai syarat atau bagaimana?

Adakah Lubang Pusat Boleh Kotor?

Untuk pengetahuan kamu, lubang pusat pada setiap individu boleh menjadi terlalu kotor disebabkan oleh beberapa faktor seperti kulat dan kuman.

Kekotoran yang terjadi adalah disebabkan oleh terperangkapnya kuman dan kulat di dalam lubang pusat. Untuk ia kekal hidup di dalam lubang pusat, kuman dan kulat tersebut akan memakan minyak, kulit mati, peluh dan beberapa serpihan kekotoran yang terperangkan di lubang pusat.

Foto – Web MD

Apabila kuman dan kulat ini ‘hidup’ dan bertapak dalam jangka masa yang lama di lubang pusat, mereka akan mula membiak dan secara tidak langsung akan meninggalkan satu kesan bau busuk.

Jika kamu mula bau sesuatu yang busuk daripada pusat, percayalah kamu perlu mencucinya dengan segera.

Apa Yang Akan Berlaku Kalau Tak Cuci Lubang Pusat?

Jika kamu tidak mencuci lubang pusat secara berkala sekurang-kurangnya seminggu sekali, kamu berpotensi dalam mendapat beberapa jangkitan seperti:

  • Jangkitan Yis 

Sebut sahaja tentang tempat yang gelap dan lembap, pasti bakteria akan mula bertapak untuk membiak. Tambah-tambah pula lubang pusat merupakan satu tempat yang gelap dan lembap apabila kulit yang lembut bergesel dengan kulit yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk bakteria dan kuman.

Foto – Kamaria Laffrey

Apabila kamu jarang membersihkan lubang pusat, jangan terkejut kalau secara tiba-tiba kamu dijangkiti dengan yis pada bahagian perut.

IKLAN

  • Lubang Pusat Menjadi Berbau 

Pernah atau tidak kamu terbau bahagaian perut kamu berbau busuk? Jika kamu pernah bau seperti itu, segeralah mencuci lubang pusat kerana bakteria telah membiak dengan banyak.

Foto – Science For Students

Sekiranya kamu tidak mempunyai jangkitan yis pada perut, bakteria yang bertapak di bahagian lubang pusat telah membiak dengan banyak apabila ia memakan peluh, kotoran dan sel kulit mati.

Akibat pemakanan tersebut, bakteria dan kuman ini telah meninggalkan satu bau yang kurang enak pada perut kamu.

  • Omphaloliths

Kamu juga boleh alami situasi ini apabila sel kulit mati dan sebum yang terkumpul di dalam lubang pusat membentuk menjadi omphaloliths iaitu dikenali sebagai batu pusat.

Foto – The Doctors TV Show

Batu pusat ini terbentuk sama seperti blackhead di wajah, ianya akan menjadi warna hitam akibat oxidation. Untuk mengeluarkannya, kamu tidak boleh picit atau tekan seperti di wajah. Tetapi gunakan tweezer untuk keluarkannya daripada lubang pusat.

Cara Bersihkan Lubang Pusat 

Dalam Dan Luar Lubang Pusat 

Foto – Pinterest

Sebelum mandi:

  1. Ambil sedikit kapas atau putik kapas dan letakkan sedikit alkohol.
  2. Masukkan ke dalam lubang pusat dan gosok secara perlahan-lahan dan lembut.
  3. Setelah dibersihakan, ambil kapas yang baru dan celupkan dalam air.
  4. Cuci lubang pusat sehingga yakin tiada lebihan alkohol di dalamnya.

Selepas mandi:

  1. Keringkan bahagian perut dan lubang pusat dengan sehelai kain lap yang kering.
  2. Jika kamu menggunakan losyen badan, jangan sapu losyen tersebut di bahagian pusat.

Pusat Yang Ditindik 

Sebelum kamu membersihkan lubang pusat, dapatkan khidmat nasihat daripada tukang tindik kamu sekiranya kamu baru melakukan tindikan pada pusat.

Foto – Pinterest

Jika tindikan perut kamu sudah sembuh sepenuhnya, kamu perlu mencuci lubang pusat seperti:

  1. Menggunakan 1/4 sudu teh garam laut yang dilarut dalam 8oz air yang disejukkan, ambil bebola kapas dan rendamkan di dalamnya.
  2. Kemudian, sapu secara perlahan-lahan dan lembut di bahagian yang ditindik dan lubang pusat.
  3. Setelah selesai bersihkan tempat tersebut, ambik bebola kapas yang bersih dan kering untuk lapkan bahagian tersebut daripada menjadi lembap.

[Tip: Kamu boleh beli larutan garam isotonik di farmasi sekiranya tidak mahu menyediakan bancuhan (1)]

Selepas ini kalau kamu bersihkan seluruh badan, jangan lupa untuk membersihkan bahagian lubang pusat bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan kuman. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: belly buttoncara cuci lubang pusatcara yang betul untuk cuci lubang pusatjangkitan lubang pusatlubang pusatperlu ke cuci lubang pusat
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Sebenarnya Perlu Atau Tidak Untuk Kita Cuci Lubang Pusat?

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.