“Essence ini patut pakai sebelum selepas toner atau sebelum serum?”
Kebanyakkan wanita menjadi keliru ketika melakukan rutin penjagaan wajah mereka. Ini kerana essence dan serum dikatakan hampir sama dari segi teksturnya dan juga fungsi terhadap wajah.
Untuk tidak mengelirukan lagi, adakah kamu tahu apa sebenarnya fungsi essence ini dalam rutin penjagaan wajah?
Apa Sebenarnya Essence?
Essence merupakan sebuah produk yang berasaskan air dan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Produk essence ini sebenarnya kaya dengan beberapa bahan aktif, di mana setiap bahan ini membantu kulit untuk kekal terhidrat, dilindungi dan kesihatan kulit ditingkatkan secara menyeluruh.
Bagi tekstur essence pula, ianya lebih cair daripada serum dan mudah diserap ke dalam kulit. Setiap kali kamu menggunakan essence dalam rutin, ianya dapat membantu kamu dengan menjadi sokongan bagi setiap produk yang digunakan. Ini kerana ia dapat membuatkan serapan produk lain ke dalam wajah menjadi lebih baik dan berkesan.
Fungsi Dan Cara Guna Essence
Ramai yang keliru dengan cara penggunaan essence yang betul. Adakah essence perlu dipakai sebelum serum, toner atau bagaimanakah sebenarnya cara penggunaan yang betul?
Penggunaan essence ini sebenarnya digunakan selepas kamu membersih wajah dan menggunakan toner. Ini kerana tekstur essence yang cair dapat bantu wajah mendapatkan kembali penghidratan pada sel-sel kulit wajah. Selepas itu barulah kamu boleh gunakan serum dan pelembap.
Kenapa ia perlu digunakan di antara toner dan serum? Essence digunakan di antara kedua-dua produk tersebut kerana teksturnya yang cair dan keberkesanannya dalam menyerap dan menjadi sokongan untuk produk-produk penjagaan wajah yang lain diserap dan berfungsi dengan lebih berkesan.
Perbezaan Essence, Serum Dan Toner
-
Essence
Dalam penjagaan rutin K-Beauty, penggunaan essence ini sangat penting untuk wanita kerana ia membantu penyerapan produk dengan lebih berkesan dan efektif.
Essence yang mengandungi molekul yang ringan daripada serum membuatkan ianya lebih berkesan dan mudah diserap sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam.
Bahan-bahan asas yang boleh didapati dalam essence adalah hyaluronic acid dan glycerin. Kedua-dua bahan ini sangat penting dalam rutin penjagaan wajah kerana ia bantu menghidrat kulit selain mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.
-
Serum
Walaupun essence dan serum mengandungi bahan-bahan aktif yang tinggi, tetapi kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam rutin penjagaan wajah.
Ini kerana serum mempunyai tekstur yang lebih pekat dan tebal berbanding essence dan ianya berfungsi untuk diserap lebih dalam ke dalam kulit. Serum bukanlah berfungsi sebagai penghidratan.
Tetapi serum sebenarnya berfungsi dalam mensasarkan beberapa masalah kulit tertentu seperti perubahan warna kulit mahupun penuaan. Untuk membuatkan serum lebih berkesan dan berfungsi pada wajah, kamu perlu menggunakan pelembap selepas itu untuk ‘menguncinya’ ke dalam kulit.
-
Toner
Toner pula adalah sebuah produk penjagaan wajah yang berasaskan alkohol. Toner ini kebiasaannya digunakan selepas mencuci wajah kerana ia berfungsi membersihkan wajah dengan lebih mendalam selepas mencuci.
Toner juga berfungsi dalam mengecilkan kembali pori-pori di wajah, seimbangkan warna kulit dan menjadikan kulit wajah lebih halus dan licin. Penggunaan toner berfungsi dengan lebih baik dan sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.
Setiap satu bahan produk dalam rutin penjagaan wajah memainkan peranan penting masing-masing untuk memastikan setiap satu daripadanya berkesan dan memberikan hasil pada kulit. Seperti essence, produk ini membantu memberikan kelembapan dan menjadi sokongan dalam penyerapan produk yang lain.