Bagi sesetengah orang, ada yang tidak boleh menelan makanan mentah dan mula memasak setiap makanan termasuklah ikan mentah sebelum memakannya.
Tetapi hairannya, orang Jepun tidak akan memasak makanan mentah mereka termasuklah hidangan ikan mentah yang popular dalam masyarakat mereka.
Mereka lebih gemar untuk menikmati hidangan tersebut secara mentah. Ini kerana tekstur dan rasa ikan mentah tersebut lebih sedap berbanding ikan yang dimasak.
Sudah menjadi makanan ruji mereka tidak kiralah dalam sushi atau sashimi, masyarakat Jepun menganggap ikan mentah memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kesihatan mereka.
Kenapa Orang Jepun Suka?
Bagi masyarakat Jepun, mereka lebih menggemari untuk menikmati hidangan mentah termasuklah ikan kerana ia dianggap memberikan manfaat dan kebaikan yang lebih baik berbanding dengan masakan yang telah dimasak.
Menurut masyarakat di sana, mereka lebih memilih untuk menikmati makanan laut terutamanya dalam keadaan yang segar tanpa dicampur dengan bahan tambahan.
Sekiranya makanan itu dicampur dengan bahan tambahan atau dimasak dengan cara bergoreng, mereka percaya makanan itu sebenarnya sudah kehilangan khasiat dan kebaikan untuk badan.
Berapa Kerap Perlu Makan Hidangan Ikan Mentah?
Di Jepun, walaupun hidangan ikan mentah ini dimakan secara meluas, tetapi mereka tidak memakannya pada setiap hari. Masyarakat Jepun hanya mengambil hidangan ikan mentah ini sebanyak sekali dalam seminggu.
Secara keseluruhannya, kebanyakan mereka hanya makan hidangan ikan mentah sebanyak sekali dalam masa sebulan atau 1 hingga 2 kali bagi dua hingga tiga bulan.
Ketika menikmati hidangan ikan mentah ini, mereka tidaklah semata-mata makan begitu sahaja. Tetapi mereka akan makan memakannya bersama dengan wasabi dan cuka.
Ini kerana mereka percaya kedua-dua bahan ini mampu untuk melawan bakteria yang ada dalam ikan mentah tersebut. Tambahan pula, wasabi dan cuka buatan orang Jepun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan individu yang memakannya itu menghadapi keracunan makanan.
Kebaikan Makan Ikan Mentah
Walaupun bagi sesetengah orang, mereka tidak boleh menelan dan tidak lalu untuk memakannya, sebenarnya ikan mentah ini mempunyai beberapa khasiat untuk badan.
-
Tingkatkan Kesihatan Otak
Adakah kamu tahu, semakin kita tua semakin merosot fungsi otak. Tidak mustahil semakin usia meningkat, penyakit seperti Alzheimer boleh wujud.
Jika kamu mahu elakkan situasi itu daripada berlaku, individu yang memakan ikan dengan lebih banyak mempunyai kadar penuruan mental yang perlahan. Ini bermakna, lebih banyak makan ikan lebih lambat pemerosotan fungsi otak..
-
Kaya Dengan Nutrien Penting
Kalau kamu mahu tahu, ikan mentah mengandungi nutrien yang penting seperti protein, iodine, vitamin dan mineral.
Bagi ikan-ikan yang berlemak, ia sebenarnya nutrien yang berasaskan lemak seperti salmon, trout, sardin, tuna dan mackarel. Ikan mentah juga mempunyai sumber Vitamin D yang tinggi di mana kebanyakkan orang mempunyai kekurangan vitamin ini.
Selain itu, ikan yang berlemak mempunyai omega-3 fatty acid iaitu sangat penting untuk badan dan otak berfungsi pada tahap optimum.
-
Kurangkan Risiko Sakit Jantung Dan Strok
Beberapa kajian yang dilakukan telah menunjukkan individu yang memakan ikan secara berkala boleh mendapat risiko strok dan sakit jantung sehingga menyebabkan kematian.
Selain itu, ikan-ikan berlemak yang mengandungi khasiat dan nutrien yang penting dipercayai memberi manfaat untuk kesihatan jantung kerana kandungan omega-3 fatty acid yang tinggi.
Keburukan Makan Ikan Mentah
Selain kebaikan makan hidangan ikan mentah, sudah semestinya akan ada keburukan dalam pengambilannya.
-
Jangkitan Parasit
Untuk pengetahuan kamu, parasit adalah sejenis ‘haiwan’ yang memakan organisma hidup yang lain sama ada tumbuhan atau haiwan tanpa memberikan apa-apa kebaikan sebagai balasannya.
Sebenarnya parasit ini boleh menyebabkan bahaya yang sangat serius untuk seseorang atau benda dalam jangka masa yang panjang.
Apabila terjadinya jangkitan parasit pada manusia, ia terjadi melalui air minum yang dijangkiti atau makanan yang tidak dimasak dengan betul termasuklah dengan ikan yang mentah. Antara jangkitan parasit yang boleh terjadi pada kamu adalah liver flukes, cacing pita dan cacing gelang.
-
Jangkitan Bakteria
Selain memakan hidangan ikan mentah, ia juga boleh menjadi penyebab kepada risiko keracunan makanan. Keracunan makanan ini sebenarnya berpunca daripada beberapa jangkitan bakteria yang berbahaya seperti Listeria, Vibrio, Clostridium dan Salmonella. Dan kebanyakkan ikan mentah mengandungi bakteria Salmonella.
Jika kamu mengandung, elakkan daripada memakan ikan mentah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria Listeria di mana ia boleh menyebabkan kematian janin.
Walaupun hidangan ikan mentah ini sebenarnya sedap dan lebih berkhasiat berbanding dengan yang bergoreng tetapi untuk kesihatan jangka masa yang panjang, kamu perlulah elakkannya.