• Latest
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Thursday, February 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

by Sofie Azizlan
January 23, 2021
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Foto - Ánh Tít (Facebook)

6
SHARES
56
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bayi lahir sahaja, mak-mak pasti membedung bayi mereka sebelum tidur.

Membedung bayi sebelum tidur dikatakan lebih mudah untuk membuatkan bayi tidur dengan lena dan elakkan daripada mereka terkejut semasa tidur.

Untuk pengetahuan kamu, kalau mahu bedung bayi bukan boleh sesuka hati membedung. Kamu perlukan teknik yang betul supaya mereka tidak lemas dan tidak kesakitan.

Mengikut perkongsian oleh seorang jururawat ini, beliau hanya menggunakan 4 langkah sahaja untuk membedung bayi supaya tidur dengan lena.

Langkah 1 

Pertama sekali, kamu perlu ambil kain atau tuala yang bersih dan besar. Jangan ambil kain yang kasar kerana kulit bayi sangat sensitif dan lembut.

Foto – Sweet And Cozy / Ánh Tít (Facebook)

Kemudian, gulungkan secara memanjang.

Langkah 2 

Selepas selesai menggulung kain tersebut, baringkan bayi dengan mengiring ke sisi badan.

IKLAN

Foto – Ánh Tít (Facebook)

Kemudian, angkat sebelah kaki bayi dan tindihkan di atas kain seperti bayi tersebut memeluk kain dengan kakinya. Pegang kain yang ditindih dan kelilingkan belakang bayi. Hujung kain tersebut pula, mesti sama kedudukan dengan kepala bayi.

Langkah 3 

Foto – Ánh Tít (Facebook)

Bahagian tuala yang berada di depan bayi pula ditarik ke arah bayi. Dan membentuk seolah-olah bayi tersebut memeluk kain itu.

Foto – Ánh Tít (Facebook)

Selepas itu, angkat kepala bayi dan tindihkan kain tersebut di bawah kepalanya. Bagi lebihan hujung kain yang berada di belakang bayi, bawakan ke arah depan. Pastikan kain tersebut tidak longgar.

Langkah 4 

Akhir sekali kamu akan nampak seolah-olah bayi tersebut dalam sebuah sarang. Kemudian, tepuk lembut di belakang bayi supaya dia tidur dengan lena.

Foto – Ánh Tít (Facebook)

Mudah sangatkan? Setiap ibu mempunyai cara bedung mereka sendiri, tetapi jika kamu mahu cuba kelainan, apa kata kamu cuba teknik ini? Mungkin ia lebih berkesan dan bayi tidur dengan lebih lama.

Selamat mencuba!

Tags: bedung bayicara bagi bayi tidurcara bedung bayi betulteknik bedung bayiteknik tidurkan bayi
Share2Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.