Masih lagi hangat diperkatakan di media sosial adalah tentang berita aktres hebat Keira Knightley nekad dengan keputusan tidak lagi mahu melakonkan adegan seks dalam filem.
Tapi kenapa? Dan apa yang menyebabkan aktres British ini berbuat demikian? Keira kata dia hanya akan melakonkan adegan tersebut tapi bersyarat.
Mula Letakkan Syarat Dalam Kontrak
Keira Knightley adalah aktres serba boleh dalam melakonkan pelbagai watak dari filem blockbuster hinggalah filem period.
Sepanjang kariernya, dia pernah berada dalam filem di mana dia dilihat dalam keadaan melakukan adegan ranjang malah berbogel juga.
- Foto – Elle
Sekarang, sejak mempunyai dua orang anak, dia menambah syarat ‘no-nudity’ dalam kontrak.
Tak Selesa Lakukan Adegan Seks
Keira Knightley mengatakan bahawa dia tidak akan melakonkan lagi adegan seks dengan pengarah lelaki kerana itu hanya membuatnya merasa ‘sangat tidak selesa’.
“Ini kerana pandangan lelaki. Saya sekarang sangat tidak selesa bila dilihat lelaki.
- Foto – USA Today
“Saya ada harga diri dan badan ini mempunyai dua orang anak sekarang, dan saya tidak suka berada di hadapan sekumpulan lelaki dalam keadaan telanjang,” jelasnya.
Hanya Lakukan Dengan Pengarah Wanita Saja
Walau bagaimanapun Keira Knightley bukanlah menentang sepenuhnya adegan di ranjang. Dia mungkin akan mempertimbangkan bergantung kepada jalan cerita – mungkin tentang perjalanan seorang ibu dan sebagainya.
Tetapi itu pun harus dilakukan dengan pengarah wanita.
- Foto – Celebrity
“Saya bukanlah ban adegan secara mutlak, tapi menolak dengan pengarah lelaki saja.”
Bagi Keira, dia kini berada pada tahap kariernya di mana dia tidak lagi berminat untuk melakukan adegan seksual ini. Dia menyedari value adegan sedemikian, tetapi lebih baik mereka mencari pelakon lain saja.
Kalau itu yang dimahukan, hormatilah pendiriannya.