• Latest
Foto - Instagram / Business Magazine

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

March 4, 2021
Foto - Instagram

Miliki Body Seksi Model Emily Ratajkowski Dengan Cara Ini

March 4, 2021
Foto - Parent Talk/Parade

Betul Ke Anak Dari Keluarga ‘Single Parent’ Lebih Cepat Matang?

March 3, 2021
Foto - iStock

Selain Perak, 9 Kawasan Di Negeri Ini Paling Panas Di Malaysia

March 3, 2021
Foto - Eat This, Not That

Mana Satu, Beras Perang Ke Putih Lagi Baik Untuk Kesihatan?

March 3, 2021
Foto - Pinterest/Instagram Shin Hye Sun

Sebelum Lakukan Babak Ciuman Dalam ‘Mr.Queen’, Aktres Shin Hye Sun Lakukan Ini

March 3, 2021
Foto - Pinterest

Produk Ini Bantu Buang Bulu Bikini Dengan Lebih Berkesan

March 3, 2021
Foto - Daniel Food Diary

Resepi Sandwich Orang Korea Selalu Makan, Dari BTS JHope Hingga Youtuber

March 3, 2021
Thursday, March 4, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

by Mas Idayu
January 26, 2021
Foto - Instagram / Business Magazine

Foto - Instagram / Business Magazine

5
SHARES
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kelmarin pelatun lagu Black Marquee iaitu Yuna, menasihati orang ramai ramai agar berhati-hati terhadap scammer yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penyanyi bersuara lunak ini berkongsi mesej ciapan seorang pengguna Twitter di laman akaunnya, yang mana individu tersebut menjadi mangsa rakus scammer yang menyamar sebagai pegawai LHDN.

Please spread the word! Scammers out here getting creative! https://t.co/81B6ES0yjI

— YUNA (@yunamusic) January 24, 2021

Hilang Wang RM15K, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Foto – Twitter Trina

Yuna yang berkongsi ciapan mesej seorang pengguna Twitter yang bernama Trina ini, menceritakan pengalaman yang menjadi mangsa rakus scammer yang menyamar sebagai pegawai LHDN.

Trina menyatakan dirinya menerima panggilan telefon yang mengaku dari LHDN dan menyatakan nombor kad pengenalannya terikat bersama sebuah syarikat dengan jumlah tax bernilai RM38,600.90 yang perlu dibayar.

Foto – Twitter Trina

Dirinya yang panik, kemudian menerima saran ‘pegawai LHDN’ tersebut untuk membuat laporan polis menerusi panggilan telefon.

Tetapi tidak menyangka bahawa panggilan laporan polis yang dibuat itu sebenarnya memerangkap dirinya lebih dalam, dan akhirnya membuat Trina menyerahkan maklumat akaun bank setelah diugut oleh ‘pegawai LHDN’ yang sebenarnya merupakan scammer.

IKLAN

Foto – Twitter Trina

Trina yang mengakui tindakan memberi maklumat akaun bank tidak patut diberikan kepada mana-mana individu menerusi panggilan telefon, terjebak jua kerana setelah hampir tiga jam lebih berkomunikasi dengan scammer tersebut.

Foto – Twitter Trina

Meski dirinya ingin cuba berhati-hati sepanjang sesi ‘dialog’ bersama scammer tersebut, tetapi dirinya tetap menjadi mangsa dan kehilangan wang berjumlah RM15K.

Trina berharap apa yang berlaku pada dirinya menjadi pengajaran pada orang ramai, dan minta orang ramai untuk sebarkan pengalamannya ini kepada orang lain agar lebih berjaga-jaga.

Scammer Makin Kreatif

Foto – Twitter Yuna

Yuna yang berkongsi mesej ciapan Twitter Trina ini menyatakan bahawa scammer kini menjadi lebih kreatif untuk memperdayakan mangsanya.

Penyanyi berbakat ini menasihati orang ramai agar tidak panik jika berlaku hal yang sedemikian pada diri, apa yang perlu dilakukan semasa sesi ‘dialog’ bersama scammer ini yang perlu orang ramai lakukan:

  • Bertanya nama penuh pegawai yang sedang bercakap.
  • Dari cawangan mana dan katakan kamu memiliki ahli keluarga yang berkerja dalam LHDN untuk semak sama ada pegawai yang bercakap itu benar atau penyamar.
  • Beritahu yang kamu akan menghubungi LHDN semula, tetapi jangan hubungi nombor panggilan tersebut telefon pejabat cawangan LHDN sebenar.
  • Akhir sekali jika melibatkan hal-hal kecemasan kerajaan akan mengeluarkan surat rasmi.

Modus Operandi Scammer Bersifat Perang Psikologi

Foto – Be Briliant

Melihat kebanyakan kes scammer dari dulu sehingga sekarang mereka menggunakan perang psikologi, dan kaedah ini dilihat berkesan untuk memperdayakan mangsa.

Antara elemen modus operandi kebanyakan scammer dalam talian ini adalah:

  • Menyamar menjadi mana-mana pegawai badan kerajaan atau dari bank.
  • Menyatakan nombor kad pengenalan mangsa dan memberitahu bahawa kad pengenalan tersebut, terikat dengan syarikat atau badan tertentu yang mempunyai hutang tunggakkan.
  • Memperdaya mangsa untuk membuat laporan polis yang disambungkan oleh pegawai scammer tersebut.
  • Kemudian talian sambungan yang kononnya dari pegawai polis membuatkan mangsa percaya, apatah lagi ‘pegawai polis’ berkenaan dikatakan menyemak nombor kad pengenalan mangsa dan menyatakan memang terdapat syarikat berhutang dibawah nombor kad pengenalan si mangsa.
  • Scammer yang menyamar sebagai pegawai LHDN dan pegawai polis mula langkah seterusnya dengan meminta butiran bank akaun mangsa sambil memberi kata-kata ugutan seperti akan masuk penjara dan sebagainya kepada si mangsa.
  • Sesi dialog bersama scammer boleh menjadi berjam-jam lamanya, untuk memenatkan fikiran dan membuatkan diri mangsa menjadi panik dan akhirnya terpedaya.

Mohon Orang Ramai Berhati-hati

Foto – Business Magazine

Kini semakin banyak panggilan yang tidak dikenali acap kali membuat panggilan, dengan lebih banyak kes-kes scammer di Malaysia orang ramai perlu lebih berhati-hati serta perlu hadapi apa jua keadaan dalam dengan tenang.

Kerana panik itulah, yang akan membuat diri mudah termakan perangkap yang scammer dah sediakan untuk si mangsa.

RUJUKAN

Tags: lhdnMenyamarmodus operandi scammerPegawai LHDNpolisscammerScammer Menyamar Pegawai LHDNyuna
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.