Ketika era 90-an, Karisma Kapoor merupakan ratu Bollywood.
Berbekalkan rupa paras cantik menawan dengan bermata biru dan rambut ikal mayang coklat, setiap filem yang dilakonkan menjadi box office berturut-turut. Dia merupakan trendsetter dan ikon fesyen serta kecantikan yang disegani.
Kini di usia 47 tahun, kakak kepada Kareena Kapoor masih kekal jelita walaupun tanpa secalit mekap di wajah. Ini membuktikan bahawa usia hanyalah sekadar nombor semata, dan langsung tidak memberi kesan pada Karisma.
Jadi, apa rahsia Karisma untuk kelihatan sempurna di kaca skrin, selain mekap. Selama bertahun-tahun, pelakon ini telah memperkatakan tentang tata rias wajah dan perawatan kulit yang telah membantunya mendapatkan kulit flawless yang dicemburui ramai wanita, dan lelaki juga.
Minumlah Banyak Air
Tanyalah mana-mana wanita sama ada selebriti atau orang biasa, minum air secukupnya rahsia miliki kulit yang bersih berseri.
- Foto – IG @therealkarismakapoor
Ini adalah rahsia kecantikan yang Karisma pegang dari remaja hingga sekarang. Mantra kecantikan untuk kulit bersih dan awet muda adalah dengan minum banyak air.
Amalan ini dapat meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan, memerangi pelbagai masalah kulit, mengurangkan saiz pori, merawat jerawat dan mengurangkan cela. Kulit sentiasa terhidrasi dan lembap memberikannya cahaya serta sinar yang cantik.
Guna Produk SPF
Aplikasi krim pelindung matahari setiap hari adalah kemestian bagi Karisma Kapoor.
- Foto – IG @therealkarismakapoor
Sebelum ini, Karisma ada beritahu dalam wawancara bahawa wanita sering melakukan kesalahan tidak memakai pelindung matahari yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sama ada anda duduk di rumah, berjalan-jalan, anda harus manjakan kulit dengan SPF.
Tanggalkan Mekap Sebelum Tidur
Aktres ini menyatakan bahawa tidak kira betapa letihnya, dia akan menanggalkan mekap sebelum tidur dan melakukan rutin penjagaan supaya kulit dapat bernafas dengan baiknya.
- Foto – IG @therealkarismakapoor
Mengapa penting untuk menanggalkan mekap sebelum tidur? Setiap malam, semasa anda tidur, kulit diperbaharui dan membiarkan mekap boleh menghalang proses tersebut.
Mekap mempunyai bahan berminyak yang boleh menyumbat pori-pori dan tidak membenarkan kulit bernafas. Di sinilah datangnya jerawat atau kulit jadi letih dan kusam.
Pakai Serum Berasaskan Minyak
Karisma tidak melakukan rutin yang banyak untuk penjagaan kulit, tetapi memilih untuk menggunakan produk yang betul-betul sesuai saja. Dia hanya menggunakan produk terhad dan salah satunya adalah serum berasaskan minyak pada waktu malam.
- Foto – IG @therealkarismakapoor
Oleh kerana kulit anda diperbaharui setiap malam, serum yang baik akan bertindak sebagai penghalang dan mencegah agen luaran menetap di kulit.
Rahsia Selfie No Mekap
Kalau anda mengikuti wanita ini di Instagram (sangat aktif), dia selalu berkongsi gambar dirinya tanpa mekap dan semuanya terlihat cantik.
Kata Karisma nak dapatkan selfie sempurna, “anda hanya memerlukan dua perkara; pencahayaan dan tanpa penapis (filter).”
- Foto – IG @therealkarismakapoor
Dah tahu rahsia Karisma, jadi dedikasi sedikit untuk rutin penjagaan kulit agar anda memperoleh kulit yang sihat dan awet muda seperti Karisma.