“Ramai betul orang dekat kedai emas sekarang ini, sampai beratur untuk tunggu giliran. Banyak betul duit mereka ini kerap sangat beli dan melabur emas.”
Tahu tak bagus lebih ramai wanita mula mengambil tahu dan mempelajari bagaimana cara nak beli emas serta melabur emas dengan betul.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang pendapatan diri dan keluarga mula terjejas dek serangan pandemik, oleh itu dengan memiliki emas dan melaburnya dengan betul akan memberi keuntungan dari segi kewangan untuk diri dan keluarga.
Nak tahu bagaimanakah caranya, jom semak di bawah.
Cara Beli Emas
Bagaimana nak beli emas adakah terus beli barang kemas atau jongkong emas yang ada di pasaran, atau membeli emas digital?
Secara ringkasnya terdapat beberapa aspek yang perlu kamu beri perhatian jika ingin membeli emas, dan ini antara fokus untuk membeli emas.
#1 Beli Emas Fizikal
- Foto – First Cry Parenting
Pertama sekali jika ingin membeli emas adalah membeli emas fizikal, tidak kiralah barang kemas atau pun jongkong emas, kedua-dua dalam kategori emas fizikal yang kamu boleh beli dan terus dapat.
#2 Beli Barang Kemas Dan Jongkong Emas
- Foto – Malaysia Gazette
Bagi yang baru ingin belajar membeli emas bagus kamu rajinkan diri survey kedai-kedai emas dan kedai pelaburan emas yang ada berdekatan dengan tempat kediaman kamu.
Jika kamu membeli barang kemas ia bukan saja bagus sebagai perhiasan, malah ia juga bagus digunakan semasa kesempitan kewangan di masa akan datang nanti dengan mempajak atau menjual terus barang kemas tersebut.
Selain itu, memiliki jongkong emas atau emas bar adalah bagus untuk pelaburan di masa akan datang, kamu boleh meninjau harga dan berat jongkong yang dijual di kedai atau bank pelaburan emas yang berdekatan.
#3 Cari Kedai Atau Bank Yang Jual Beli Emas Tidak Cerewet
- Foto – Padawanemas
Bukan apa, banyak kedai-kedai atau bank yang menjual dan beli emas ini mempunyai kriteria mereka tersendiri, hinggakan ia menjadi satu kepayahan bagi segelintir individu nak beli dan menjual emas di tempat tersebut.
Oleh itu, penting untuk kamu selidik dan buat survey sendiri antara kedai dan bank yang menawarkan khidmat jual beli emas agar tidak menyusahkan diri dikemudian hari jika nak menjual emas tersebut.
Cara Melabur Emas
Bagi yang ingin melabur emas pula, ada beberapa faktor yang harus kamu beri perhatian kerana ia boleh memberi pulangan yang berganda jika kamu bijak dalam melabur emas.
#1 Jangan Sekali-Kali Buka Seal Jongkong Emas
- Foto – One Gold Dinar
Bagi yang membeli jongkong emas atau emas bar untuk tujuan pelaburan, peringatan yang penting sekali adalah jangan sesekali membuka seal atau sarung plastik jongkong emas tersebut.
Kerana jika seal tersebut telah dibuka atau terdapat kesan kemek dan sebagainya, pihak bank atau kedai pajak akan mengecas nilai susut sebanyak 25 peratus kerana dilabel sebagai ‘used gold’.
Bukan itu saja, jika kamu ingin menjual jongkong tersebut, kemungkinan tempat yang kamu pergi itu tidak menerima langsung emas tersebut.
Manakala jika kamu ingin menjual atau pajak barang kemas, kamu perlu lihat harga semasa dan berapa nilai yang kedai pajak atau emas boleh berikan kepada kamu.
#2 Jual Atau Pajak Di Tempat Yang Membeli Emas Tersebut
- Foto – The Star/Malaysia Bullion
Satu lagi adalah cari tempat atau kedai emas yang memberi khidmat jual beli emas, kerana dengan menjual emas di tempat yang kamu beli sekurang-kurangnya kamu boleh kurangkan cas nilai susut.
Selain itu, menjual atau memajak emas di tempat yang kamu beli emas tersebut sekurang-kurangnya kamu tidak perlu menghadap sebarang kriteria cerewet atau mereka tidak mahu menerima emas yang kamu ingin jual atau pajakkan itu.
#3 Jual Atau Pajak Emas Secara Serius Dan Punyai Matlamat
- Foto – Shafiq Rohaizad / Vanilla Kismis
Memajak atau menjual emas tidak boleh diambil ringan, kamu harus mempunyai matlamat seperti kamu memajak emas untuk mendapatkan modal perniagaan ataupun melangsaikan hutang rumah dan hal penting lain.
Jika kamu memilih untuk memajak emas ingat lagi lama kamu tinggalkan jongkong atau barang kemas dalam kedai pajak atau bank, lagi tinggi faedah yang dikenakan oleh itu kamu perlukan matlamat dan jadual bayar semula emas yang dipajak.
- Foto – Antara News Aceh
Sebenarnya banyak lagi kupasan mengenai tips jual beli pelaburan emas, ini baru secebisnya saja dan untuk mengetahui selok-belok dan teknik membeli serta melabur emas memerlukan pengalaman diri.
Apa-apa pun sebagai langkah pertama kamu boleh beli barang kemas atau jongkong emas pertama kamu, tatkala harga emas sedang turun nanti.