• Latest
Foto - Dreams Time

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

January 26, 2021
Foto - Facebook

Dah Boleh Rentas Daerah, 5 Hotel Sekitar Lembah Klang Berbaloi Check-In!

March 7, 2021
Foto - The Knot

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Sunday, March 7, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

by Sofie Azizlan
January 26, 2021
Foto - Dreams Time

Foto - Dreams Time

6
SHARES
55
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila sudah masuk ke tahun baru, mulalah kamu pun akan tengok sekeliling.

Ada rakan yang baru bertunang, kahwin, mengandung, menjaga anak malah ada yang tengah hitung hari untuk menyambut kelahiran anak. Apabila melihat diri sendiri, masih lagi single sampai sekarang.

Bagi mereka yang masih lagi single, bukan bermakna mereka sebenarnya tidak ‘laku’. Tetapi disebabkan oleh beberapa situasi yang terjadi membuatkan mereka kekal berseorangan sehingga sekarang.

Jika kamu tertanya-tanya kenapa masih single sehingga sekarang, ini mungkin salah satu penyebabnya.

Ada Expectation Tersendiri

Dalam perhubungan, setiap pasangan mempunyai expectation mereka tersendiri.

Foto – Medium

Jika expectation kamu terlampau tinggi dan tidak boleh ‘dicapai’ oleh pasangan, tidak mustahil hubungan boleh berakhir begitu sahaja. Tidak salah juga untuk meletakkan standard sendiri tetapi kamu perlu bersikap realistik.

Jika kamu meletakkan expectation yang tinggi dalam perhubungan, ia akan membuatkan kamu menjadi seorang yang sombong di mana ia boleh mengecewakan kamu dengan kekal single untuk tempoh yang lama.

Terlampau Memilih Pasangan 

Terlalu memilih pasangan dan mahukan yang sempurnya dalam diri pasangan boleh menjadi salah satu penyebab kenapa kamu single.

Foto – Colorado Marriage Retreats

Setiap manusia termasuk diri kamu sebenarnya tidak sempurna. Jika kamu mengharapkan pasangan yang sempurna seperti fantasi kamu, sampai bila-bila kamu tidak akan dapat merasakan sebuah perhubungan.

Terlalu taksub mencari pasangan yang sama dengan ciri-ciri yang ditetapkan juga boleh membuatkan pasangan yang tepat untuk kamu menjauhkan diri.

Tengah Tunggu ‘Waktu Yang Tepat’

Sebenarnya tidak salah untuk menunggu masa yang sesuai untuk memiliki dan memulakan perhubungan. Tetapi kamu jangan terlalu leka dan rasa tidak sesuai sekiranya ada peluang.

IKLAN

Foto – Every Pixel

Ini kerana apabila kamu kerap merasakan setiap individu yang datang mengenali kamu dengan lebih rapat itu tidak hadir pada waktu yang tepat akan membuatkan kamu kekal single sehingga tua.

Tidak menjadi masalah jika kamu tidak terlalu look foward untuk masa yang betul-betul sesuai dengan umur atau faktor lain apabila kamu sudah menjumpai pasangan yang sesuai.

Rasa Tidak Layak Memiliki Pasangan 

Mungkin sebelum ini kamu pernah gagal dalam perhubungan tetapi ia tidak bermakna kamu tidak layak untuk memiliki pasangan lagi.

Foto – iStock

Apabila hal sebegini terjadi, kamu pasti akan mengatakan diri kamu sebenarnya yang bersalah, tidak layak dan cukup baik untuk mereka. Tetapi berhati-hati kerana ia boleh membuatkan orang lain memikirkan hal yang sama.

Jadi kalau kamu mempunyai niat untuk berkenalan dengan mana-mana individu, elakkan pemikiran begitu dan berikan kata-kata semangat pada diri sendiri!

Nak Pasangan Tapi Bahasa Tubuh Beri Makna Lain 

“Susahnya nak dapatkan pasangan!”

Kalau kamu merasakan susah untuk sesiapa sahaja mendekati dan memulakan perhubungan, kamu perlu check kembali diri kamu. Bagaimana cara kamu bercakap, cara layanan dan sebagainya.

Foto – Her World

Bukan apa, jika bahasa tubuh kamu kamu lain daripada apa yang kamu mahukan, ia boleh memberi maksud yang berbeza. Mereka mungkin boleh faham sebagaikamu tidak berminat dan tidak menarik untuk memulakan perhubungan.

Jika kamu mahu mengubahnya, jangan lupa untuk kekal tenang, tarik nafas dalam-dalam, sentiasa senyum dan tidak ‘berat mulut’.

Kalau salah satu penyebab ini menjadi punca kamu kekal single sehingga sekarang, mungkin kamu perlu ubah cara pemikiran dan gaya hidup untuk belajar menerima orang lain dalam hidup kamu.

Untuk memulakan hidup dengan orang lain sememangnya memerlukan masa untuk mengetahui sama ada si dia sesuai atau tidak, tetapi tidak salah untuk berubah dan mencubanya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: hidup singlekenapa singlekenapa tiada pasanganpenyebab singlesingletak mahu pasangan
Share2Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.