Penyakit batu karang tidak boleh di ambil ringan, apatah lagi mengambil makanan yang boleh memudaratkan ataupun penyebab terjadinya pembentukan batu karang dalam tubuh.
Batu karang biasanya terbentuk di ginjal tetapi ia juga boleh jatuh beralih dan tersangkut dalam saluran buah pinggang, dan bagi sesiapa yang menghadapi penyakit batu karang penjagaan pemakanan sangat penting.
Kerana makanan juga boleh menyebabkan penyakit batu karang makin teruk dan serius, ini antara jenis-jenis makanan yang harus pesakit batu karang elak atau kurangkan makan.
Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam
- Foto – Travel Leisure
Makanan yang tinggi dengan garam memberi mudarat pada kesihatan secara keseluruhannya, dan ia juga penyumbang kepada pembentukan batu karang.
Ini antara makanan yang mengandungi garam yang bahaya untuk di makan bagi pesakit batu karang:
- Udang
- Kerang
- Keju
- Makanan yang diproses seperti sosej, nuget, daging burger, keropok dan sebagainya
- Makanan dalam tin
- Aneka jenis sup masakan
- Aneka jenis kicap ataupun sos masakan
- Aneka jenis ikan masin
- Mentega
- Jeli
- Mee kuning
- Pastri dan aneka jenis roti
- Makanan segera
- Minuman ringan
Makanan Yang Kaya Dengan Kandungan Oxalate
- Foto – Gut Bliss
Selain makanan yang mengandungi garam, makanan yang kaya dengan kandungan oxalate juga tidak digalakkan untuk makan bagi yang menghadapi penyakit batu karang ini.
Antara makanan yang kaya dengan kandungan oxalate adalah:
- Kacang tanah
- Kacang soya
- Ubi keledek
- Bijirin gandum
- Sayur rhubarb
- Sayur bayam
- Sayur celery
- Buah beri biru dan beri hitam
- Buah kranberi
- Buah oren
- Teh
- Kopi
- Minuman bergas
- Minuman beralkohol
Elak Atau Kurangkan Makan Makanan Darat Dan Laut
- Foto – Spiro Koulouris
Haiwan darat dan laut juga harus elak atau kurangkan makan jika pesakit menghadapi penyakit batu karang, kerana ia akan menghasilkan pembentukan batu karang jenis oxalate jika tidak berhati-hati.
Ini antara haiwan darat dan laut pesakit batu karang kena elak atau kurangkan makan:
- Ayam
- Ikan sardin
- Ikan bilis
- Daging merah
- Itik
- Ayam belanda
- Kerang
- Udang
- Ketam
- Tiram
- Udang karang
- Kepah
- Organ dalaman haiwan
- Foto – Near East Hospital
Bagi yang sedang mengalami penyakit batu karang ini, disarankan agar menjaga pemakanan dari sekarang dan elakkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang berlaku.
Jika ingin dapatkan kepastian dan maklumat terperinci, dapatkan khidmat nasihat doktor masing-masing dan mula amalkan diet pemakanan yang disarankan oleh doktor.