Kematian rapper berbakat Korea Selatan, Iron berusia 28 menimbulkan kesangsian dan tanda tanya mengenai cara kematian artis tersebut.
Kes kematian Iron atau nama sebenarnya Chung Heon-chul masih dalam siasatan pihak polis Korea Selatan, rata-rata ramai netizen dan peminat K-pop menyatakan cara kematian artis popular ini cukup mencurigakan.
Netizen Syak Iron Masih Hidup Ketika Ditemui Berlumuran Darah Luar Pangsapuri
- Foto – Twitter
Berita mengenai kematian penyanyi rap Iron ini sedang hangat dibualkan oleh netizen, dan dikalangan netizen menyatakan Iron yang ditemui berlumuran darah di luar pangsapuri rumah sebenarnya mungkin masih bernyawa pada waktu itu.
Bukan itu saja, rata-rata netizen mendakwa kematian rapper Korea Selatan ini bukanlah bunuh diri kerana ditemui berlumuran darah di luar pangsapuri.
Bunuh Diri Atau Plot Balas Dendam?
- Foto – Twitter
Isu mengenai sama ada penyanyi berbakat ini bunuh diri atau dibunuh dengan motif balas dendam, mula tersebar dalam komuniti peminat K-pop.
Topik panas ini membuatkan netizen tidak sabar menanti keputusan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis yang menyiasat kes kematian artis terbabit.
Mati Luar Pangsapuri Orang Lain?
Dalam petikan Allkpop, pihak polis memaklumkan bahawa artis terbabit sebenarnya mati di luar pangsapuri milik orang lain dan bukan milik artis tersebut yang seperti disangka oleh orang ramai.
- Foto – Twitter
Bukan itu saja, ada juga netizen menyatakan pandangan yang sama seperti maklumat yang dikongsikan oleh pihak polis dengan menyatakan rumah rapper tersebut terletak di daerah Yongsan.
Ttetapi penyanyi muda ini ditemui mati di luar pangsapuri orang lain yang terletak di daerah Jung-gu, dan ini menimbulkan kemusykilan dalam kalangan netizen mengenai kematian rapper muda ini.
Tak Buat Autopsi Ke Atas Iron
- Foto – Allkpop
Dalam petikan Allkpop, pihak polis memaklumkan tiada bedah siasat atau autopsi dilakukan keatas mayat Iron kerana atas permintaan ahli keluarga artis tersebut.
Kemudian, ahli keluarga penyanyi rapper ini membuat keputusan untuk terus menjalankan upacara pengebumian pada 26 Januari 2021 sehari selepas kematian Iron di Pusat Perubatan Kebangsaan Seoul.
Punca Kematian Masih Jadi Tanda Tanya
- Foto – CNN Indonesia
Sehingga kini ianya masih tidak dapat dipastikan sama ada rapper muda ini mati disebabkan bunuh diri atau dibunuh, apatah lagi pihak polis juga tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai cara kematian bintang K-pop ini kepada orang ramai.
Perjalanan hidup rapper Iron yang penuh kontroversi sejak tahun 2016 hingga 2019 dengan pelbagai dakwaan kes kontroversi, seperti kes keganasan dan seksual ke atas bekas teman wanita dan kes memukul seorang individu bawah umur.
Rest in peace Iron.