• Latest
Foto - Hyram (Youtube)

Mana Satu Lebih Baik Dan Bagus, Skincare Korea Atau Amerika?

January 29, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Mana Satu Lebih Baik Dan Bagus, Skincare Korea Atau Amerika?

by Sofie Azizlan
January 29, 2021
Foto - Hyram (Youtube)

Foto - Hyram (Youtube)

15
SHARES
150
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila bercakap tentang skincare, boleh dikatakan produk Korea dan Amerika telah bersaing untuk mendominasi industri kecantikan.

Bagi kedua-dua negara ini, produk kecantikan mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Berbalik kepada seseorang individu, ada yang memakai skincare Korea sahaja dan sebaliknya tetapi ada juga yang memakai kedua-dua produk skincare dalam rutin harian mereka.

Walaupun sudah lama menjadi topik yang ‘panas’, agak-agak kamu yang mana satu lebih berkesan dan baik untuk kebanyakan kulit?

Kalau kamu mahu tahu, teruskan membaca okay?

Korea VS Amerika Syarikat 

Menurut Hyram iaitu salah seorang beauty expert di YouTube mengatakan produk skincare Korea lebih baik berbanding dengan Amerika. Kenapa pula?

Foto – Who What Wear / Stellar Magazine

“Skincare Korea lebih baik kerana bahan-bahannya yang semula jadi dan Amerika Syarikat sangat ‘ketinggalan’ dalam hal ini.”

Untuk pengetahuan kamu, kebanyakan skincare Korea menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sesuai untuk digunakan oleh setiap individu walaupun menghadapi beberapa masalah kulit berbanding dengan Amerika.

Kenapa Skincare Korea Paling Tip Top?

Hyram juga mengatakan bahan semula jadi menjadi fokus utama untuk skincare Korea dan mereka lebih berinovasi dalam dunia kecantikan.

Manakala skincare Amerika, mereka masih menggunakan krim dan toner ‘tradisional’ tidak seperti Korea yang sangat unik dalam mempelbagaikan produk mereka.

Foto – Barely There Beauty

Kalau kamu tengok di pasaran, produk skincare Korea mempunyai pelbagai jenis bentuk. Ada yang datang dalam bentuk puding, hydrating gel, peeling gel, sheet masks dan lain-lain lagi.

Korea memilih bahan semula jadi sebagai bahan utama dalam skincare mereka kerana ia boleh memberi kesan dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan Amerika.

Foto – Skincare.com

Tetapi lain pula dengan produk skincare Amerika. Di mana produk mereka lebih memberikan hasil yang cepat dan paling menggerunkan, kebanyakan produk menggunakan bahan kimia yang sangat tinggi untuk kulit.

Walaupun ianya memberi kesan yang cepat untuk individu yang menggunakannya tetapi hasilnya hanyalah sementara sahaja dan boleh menjadi kesan buruk kepada kamu selepas itu.

IKLAN

Antara Bahan Yang ‘Power’

  • Centella Asiatica 

Memang sangat popular dalam mana-mana produk skincare Korea! Centella Asiatica atau dikenali sebagai daun pegaga merupakan bahan ekstrak yang menjadi fungsi yang terbaik untuk semua orang.

Foto – Wikipedia

Antaranya adalah ia boleh menjadi ekstrak tumbuhan yang menenangkan kulit wajah yang meradang, mengurangkan kemerahan dan juga sensitif kulit. Paling best sekali ia boleh menjadi bahan yang mempunyai antioksidan yang diperlukan oleh kesihatan kulit wajah.

  • Camellia Sinensis Extract 

Kalau kamu mahu tahu, sebenarnya Camellia Sinensis Extract dikenali sebagai teh hijau. Penggunaan teh hijau dalam skincare adalah menjadi ramuan yang berkualiti tinggi dan ianya sukar untuk dijumpai dalam mana-mana skincare Amerika. Kalau ada pun, ianya menelan kos yang tinggi.

Foto – Mind Body Green

Teh hijau digunakan kerana ia boleh menjadi salah satu bahan antioksidan yang terbaik di mana bahan ini boleh mengurangkan kemerahan dan sensitif kulit. Selain itu, ia juga menjaga penghidratan kulit serta menjadi salah satu ejen penyembuhan. Dalam pada masa yang sama, ekstrak teh hijau ini juga mempunyai keupayaan untuk melawan penuaan.

  • Artemisia Vulgaris Extract 

Bahan Artemisia Vulgaris Extract atau dikenali dengan Mugwort adalah bahan skincare yang paling popular di Korea. Dan bahan tersebut secara perlahan-lahan menjadi popular dalam kalangan masyarakat Amerika.

Foto – Wikipedia

Ekstrak ini sebenarnya memberikan kebaikan dan berkesan dalam melembutkan kulit, mengurangkan dan mengelakkan wajah kemerahan serta menjadi bahan antioksidan yang terbaik.

  • Sciadopitys Verticillata Extract 

Bagi Hyram, dia sangat menyukai produk skincare Korea kerana bahan-bahan yang berinovasi yang berasaskan tumbuhan. Kegunaan bahan berasaskan tumbuhan ini tidak akan membuatkan kulit menjadi merengsa dan rosak tetapi ia memberikan manfaat yang kamu sendiri tidak jangkakan.

Foto – Google Sites / RHS

Seperti Sciadopitys Verticillata Extract iaitu ekstrak Umbrella Pine yang memberi manfaat kepada kulit seperti menyeimbangkan minyak pada kulit supaya tidak berlebihan. Dan pada masa yang sama, ia juga menjadi bahan antioksidan selain berfungsi mengurangkan kegatalan dan menghalang daripada penuaan.

  • Sunscreen

“Wajib pakai sunscreen, sunscreen dan sunscreen!”

Mana-mana pakar kecantikan Korea, mesti akan menyuruh kamu untuk memakai sunscreen tidak kiralah berada di rumah atau di luar rumah.

Foto – K-beauty Europe

Seperti Hyram yang tidak pernah suka untuk memakai sunscreen kerana ia memberikan kesan yang ‘berat’, melekit dan meninggalkan white cast pada wajah. Tetapi setelah menggunakan sunscreen Korea, dia mula menyukainya. Ini kerana dirinya merasakan teknologi UV filter yang digunakan oleh Korea jauh lebih baik daripada Amerika.

“Sunscreen Korea lebih berinovatif, kurang sensitif dan paling bagus untuk kulit kamu dan paling penting bumi!”

Setiap produk skincare tidak kiralah Korea atau Amerika, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tetapi apabila bercakap tentang inovasi dan teknologi, boleh dikatakan produk kecantikan Korea lebih ke hadapan dan maju berbanding yang lain.

Jadi kamu suka atau tidak produk kecantikan Korea?

Tags: korea vs amerikaskincare amerikaSkincare Koreaskincare korea vs amerikaskincare negara mana yang lebih baikskincare yang best
Share6Tweet4Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Mana Satu Lebih Baik Dan Bagus, Skincare Korea Atau Amerika?

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.