• Latest
Foto - Pinterest

5 Jenis Sambal Yogyakarta Ini Kena Cuba Buat, Pedas Menyengat Dan Sedap

January 29, 2021
Foto - Facebook

Dah Boleh Rentas Daerah, 5 Hotel Sekitar Lembah Klang Berbaloi Check-In!

March 7, 2021
Foto - The Knot

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Monday, March 8, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

5 Jenis Sambal Yogyakarta Ini Kena Cuba Buat, Pedas Menyengat Dan Sedap

by Mas Idayu
January 29, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

43
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat makanan pedas pastinya suka memasak aneka masakan pedas terutama masakan sambal, dan biasanya sambal-sambal yang sedap-sedap ini datangnya dari resepi negara seberang!

Ini antara lima resepi sambal dari Yojyakarta, Indonesia yang berbaloi kamu cuba buat di rumah. Rasanya yang pedas menyengat dan lazat, pasti akan buat kamu dan keluarga makan bertambah nanti!

Resepi Sambal Penyet

Bahan-bahan

  • 1 tangkai cili merah besar
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 1 biji tomato dibelah 8
  • 1 biji bawang merah besar dibelah 4
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 sudu makan air limau nipis

Cara masak

  1. Goreng cili merah besar, cili padi merah, cili padi hijau, tomato, bawang merah besar, gula melaka dan belacan bersama-sama, gaul bahan-bahan sehingga masak.
  2. Semua bahan-bahan layu dan masak, toskan kemudian masukkan bahan ke dalam mesin pengisar.
  3. Jangan lupa masukkan air limau nipis ke dalam mesin pengisar dan kisar semua bahan hingga separuh hancur.
  4.  Selesai kisar, keluarkan dan tumis lagi sekali sehingga sambal masak. Dah siap sedia di hidang bersama nasi panas.

Resepi Sambal Hijau

Bahan-bahan

  • 11 tangkai cili hijau besar di potong kecil
  • 20 tangkai atau senggenggam cili padi hijau
  • 2 biji bawang merah besar dihiris
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 helai daun limau purut
  • Maggi secukup rasa
  • Gula (jika nak letak)

Cara masak

IKLAN

  1. Rebus cili hijau besar, cili padi hijau, bawang merah kecil, dan bawang putih sehingga layu dan masak.
  2. Toskan bahan dan kemudian masukkan bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur atau ikut kesukaan masing-masing.
  3. Kemudian tumis bawang merah besar sehingga garing, selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan.
  4. Jangan lupa masukkan daun limau purut, garam dan serbuk maggi secukup dan gaul rata semua bahan.
  5. Dah siap, boleh hidang bersama nasi panas.

Resepi Sambal Balado

Bahan-bahan

  • 500 gram cili padi merah
  • 200 gram bawang merah dihiris
  • 10 ulas bawang putih dihiris
  • 10 ulas bawang merah kecil dihiris
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara masak

  1. Pertama sekali kisar bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dihiris tadi, selesai kisar keluarkan dan sambung kisar cili padi merah sehingga hancur.
  2.  Bawang dan cili padi yang telah dikisar hancur tadi, disatukan dalam mangkuk dan gaul rata kedua-dua bahan.
  3. Kemudian tumis 10 ulas bawang merah kecil yang telah dihiris tadi ke dalam kuali, dan pastikan kamu menggunakan minyak yang banyak dalam 200ml atau lebih untuk menggoreng.
  4. Bawang merah yang dah garing, kamu boleh masukkan cili padi dan bawang yang telah dikisar tadi. Tumis bahan sehingga rata, jika minyak berkurangan tambah minyak.
  5. Jangan lupa masukkan daun kunyit, daun limau purut, jus limau purut, garam secukup rasa ke dalam sambal, gaul bahan sehingga sebati.
  6. Pastikan sambal benar-benar masak barulah boleh angkat sambal, dan makan bersama nasi panas. Lebihan sambal boleh disimpan dalam peti sejuk.

Resepi Sambal Tubruk @ Bajak

Bahan-bahan

  • 5 tangkai cili merah besar di potong
  • 10 tangkai cili padi hijau di potong kecil
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 5 ulas bawang merah kecil dihiris
  • 3 biji tomato dibelah 8
  • 1 sudu makan gula melaka atau gula merah
  • 1 sudu makan belacan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai
  • 1cm lengkuas
  • 100ml air

Cara masak

  1. Goreng bawang putih, bawang merah kecil, cili merah besar, cili padi, tomato dan belacan sehingga layu atau masak.
  2. Bahan dah siap masak, angkat kemudian tumbuk atau kisar bahan sehingga separuh hancur atau hancur penuh bahan (ikut kesukaan masing-masing).
  3. Bahan-bahan dah hancur, masukkan garam dan gula melaka atau gula merah dan lenyekkan atau kisar bahan sehingga sebati.
  4. Selesai, tumis semula bahan dan masukkan daun salam, serai, dan lengkuas ke dalam sambal. Gaul rata bahan-bahan dan masukkan air asam jawa dan sedikit air, masak sambal hingga pecah minyak dan sambal betul-betul masak.
  5. Dah siap boleh dimakan bersama nasi panas.

Resepi Sambal Cempokak @ Terung Pipit

Bahan-bahan

  • 1 bungkus terung pipit
  • segenggam kecil ikan bilis
  • 3 tangkai cili merah besar dah siap direbus
  • 3-5 tangkai cili padi dah siap direbus
  • 2 ulas bawang merah kecil dah siap direbus
  • 1 ulas bawang putih dah siap direbus
  • 1 biji tomato dibelah 8
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1/2 sudu teh gula penyedap rasa
  • secubit kecil belacan

Cara masak

  1. Kisar belacan, bawang merah kecil, bawang putih, cili merah besar dan cili padi bersama sedikit air. Kisar hingga separuh hancur.
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata bahan-bahan.
  3. Setelah pecah minyak tambah sedikit air dan gaul bahan, kemudian masukkan garam, gula, penyedap rasa dan terung pipit sehingga masak.
  4. Jangan lupa masukkan tomato yang telah dipotong tadi, dan gaul rata bahan sehingga masak. Sambal dan terung dah masak, boleh sedia untuk dimakan bersama nasi panas.

Kamu boleh buat banyak stok sambal ini dan simpan dalam peti sejuk beku, bila tiba nak makan keluarkan dan panaskan dalam kuali kemudian makan dengan nasi panas-panas memang terbaik!

Selamat mencuba♥

Tags: Jenis-Jenis Sambalresepi sambalsambalSambal RingkasSambal YogyakartaSambal Yogyakarta Pedas MenyengatYogyakarta
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

5 Jenis Sambal Yogyakarta Ini Kena Cuba Buat, Pedas Menyengat Dan Sedap

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.