Menjadi trend, almari pakaian terbuka dikatakan sangat praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan harganya yang murah, sangat berbaloi kalau membelinya.
Tapi adakah kamu tahu sebenarnya almari pakaian terbuka ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan beberapa barangan dari MR. DIY yang menelan kos sekitar RM30 hingga RM40.
Sesuai sangatlah untuk kamu yang mempunyai pakaian yang banyak, tidak tahu mahu menyimpan di mana dan ingin berjimat, apa kata kamu cuba idea ini.
Barang-Barang:
- Paip PVC (11 Batang)
- Paip Elbow (10 pcs)
- Paip T–Socket (6 pcs)
- Cable Tie (1 paket)
- Fitting D/E Socket (2 pcs)
- Bakul (6 bakul)
(Tips: Untuk mengurangkan kos lagi, bakul boleh dicari di kedai ECO.)
Cara-Caranya:
- Sambungkan paip PVC dengan menggunakan paip elbow dan T-Socket sehingga membentuk seperti sebuah rak.
- Kemudian, susun bakul-bakul di ruangan di antara paip PVC.
- Akhir sekali, ikat bakul pada paip PVC menggunakan cable tie.
Mudahkan caranya? Dengan harga rak baju di kedai perabot, kamu boleh hasilkan lebih daripada 3 almari pakaian terbuka.
Selamat mencuba!