“Saya menutup bahagian payudara dengan tangan, jadi saya tidak bersalah dalam hal ini.”
Model Playboy, Luana Sandien yang berasal daripada Brazil itu telah dikecam oleh pengikut dan orang ramai setelah memuat naik gambar separuh bogel di tengah gurun di Dubai.
Luana yang hanya memakai seluar putih dengan selendang di kepala telah menutup bahagian payudaranya dengan menggunakan tangan.
Walaupun gambar yang dimuat naik itu dikatakan boleh menjadi ‘panas’ tetapi tidak semua orang menyukai perbuatan tersebut.
Sebaliknya ramai orang mengecam dirinya kerana tidak peka dengan undang-undang ketat negara tersebut mengenai kod pakaian yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Dubai.
Bagi kes sebegini yang berlaku di Dubai iaitu salah sebuah negara UAE yang mementingkan keagamaan, ia dianggap sebagai tidak sopan oleh masyarakat.
“Undang-undang dan adat istiadat UAE sangat berbeza dengan negara UK. Jadi berhati-hati dengan tindakan anda supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak”, ujar Pejabat Luar Negeri.
Bagi yang pernah mengunjungi Dubai, mereka pasti sudah tahu bahawa mereka perlu berpakaian sopan seperti menutup bahagian dada, lengan dan kaki ketika berada di tempat awam. Manakala pakaian renang hanya dibenarkan dipakai di kawasan kolam renang dan pantai.
Akibat gambar yang telah dimuat naik itu, Luana telah dituduh menghina tanda-tanda kedaulatan negara Dubai.
“Itu adalah gambar terbaik yang pernah saya ambil. Dan saya tidak bermaksud untuk memalukan serta menghina sesiapa.
Saya tahu negara ini melarang untuk berbogel, jadi sebab itulah saya berhati-hati menutup bahagian payudara dengan menggunakan tangan”, ujar Luana.
Awal bulan Januari ini, Luana telah dikatakan melarikan diri daripada peraturan ketat Britain akibat penularan Covid-19 yang melanda seluruh negara dengan menggunakan alasan untuk bekerja di Dubai.