Kalau tengok Wonder Woman, pasti kesemua wanita menginginkan badan seperti Gal Gadot. Boleh dikatakan lengkaplah dari ketinggian sehingga bentuk badannya.
Selain menjalani rutin senaman harian di gim, dia sangat menitikberatkan pemakanannya terutamanya ketika ingin menjalani pengambaraan Wonder Woman.
Paling mengejutkan, Gal Gadot dikatakan telah makan sebanyak 5 kali sehari untuk dietnya. Kalau kamu mahukan badan ala-ala Gal Gadot, apa kata kamu cuba ikut diet Wonder Woman ini.
Sarapan Pagi
Bagi memulakan harinya, Gal dan coach peribadinya akan pergi ke gim untuk bersenam selama satu jam. Selepas itu, dia akan menikmati sarapan pagi yang mudah disediakan dan hanya ‘campak-campak’ sahaja.
Untuk sarapan paginya, Gal akan menikmati sepinggan makanan yang penuh dengan nutrisi seperti gabungan telur rebus, quinoa, tomato dan alpukat. Hidangan ini bukan sahaja nampak berwarna-warni tetapi turut menyelerakan.
Mengambil quinoa iaitu karbohidrat yang sihat ketika sarapan pagi boleh membantu menggantikan kembali tenaga selepas bersenam. Tetapi dalam pada masa yang sama, jangan lupa untuk minum air kosong dengan lebih banyak untuk kekal terhidrasi.
Makanan Ringan Sebelum Makan Tengah Hari
Kebiasaannya sebelum makan tengah hari, Gal akan mengambil makanan ringan untuk memberikan tenaga kepada badannya serta kekal aktif.
Makanan ringan yang diambil oleh Gal bukanlah seperti kita memakan makanan ringan. Tetapi, Gal akan mengambil salad dalam kuantiti yang sedikit bersama tomato, biji-bijian dan daging yang telah diawet.
Makan Tengah Hari
Ketika makan tengah hari pula, Gal akan menikmati hidangan yang mempunyai pelbagai sayur-sayuran dan warna yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya menjadi sangat lapar.
Jadi, makan tengah harinya terdiri daripada potongan kecil ikan seperti tuna bakar, bok choy yang dipanggang, brokolo, jeruk lobak putih dan lada benggala.
“Tidak semestinya kamu perlu makan brokoli dengan nasi putih. Tetapi bijak dalam pelbagaikan hidangan makanan kamu supaya boleh mengekalkan gaya hidup yang sihat”, ujar coach peribadi Gal.
Makanan Ringan Sebelum Makan Malam
Sebelum menikmati makan malamnya, Gal akan mengambil makanan ringan seperti potongan ikan panggang yang dimakan bersama salad, biji-bijian dan guacamole untuk kekal bertenaga.
Walaupun hidangan makanan ringannya nampak mudah dan ringkas sahaja, tetapi jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan itu mampu untuk memberikan tenaga selepas menjalani hari yang memenatkan.
Makan Malam
Nampak mewah sangat apabila melihat makan malam Gal. Ketika menikmati hidangan makan malam, kebiasaannya Gal akan makan sayur-sayuran seperti kangkung dan kimchi, nasi dan sepotong steak seperti ribeye yang dipanggang.
Hidangan makan malam Gal yang terdiri daripada protein, vitamin, fibre dan karbohidrat dapat memberikan kekenyangan dalam pada masa yang panjang. Dan paling penting, kamu tidak akan memerlukan supper sebelum tidur.
Walaupun makan sebanyak 5 kali sehari nampak seperti banyak tetapi sebenarnya setiap hidangan ini memberikan kamu tenaga yang cukup untuk tubuh badan kamu secara harian.
Jadi, macam mana, adakah kamu mahu cuba gaya diet Gal Gadot?
Selamat Beramal!