Kini sayur sejuk beku atau frozen dan sayur yang di proses dalam tin serta yang dipakej dalam bungkusan, menjadi pilihan ramai wanita moden kerana ianya lebih menyenangkan dan tahan lama.
Tapi adakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam sayur jenis sejuk beku atau yang telah di pakej dalam bungkusan serta tin ini bagus seperti sayur segar?
Tidak Sama, Lebih Banyak Garam Dan Kalori
- Foto – Good Food
Sayur yang telah dipakejkan dalam bungkusan mahupun dalam tin mengandungi jumlah garam dan kalori yang berlebihan, dan ini bermakna ia bukan nutrisi yang baik jika selalu memakan sayur jenis ini.
Begitu juga dengan sayur yang telah disejuk bekukan, rasa sayur frozen seperti ini pastinya tidak sama dengan sayur segar.
Kenapa Ramai Gemar Makan Sayur Sejuk Beku Dan Yang Diproses?
Meski sayur sejuk beku dan yang diproses dalam tin serta yang dipakej dalam bungkusan tidak segar seperti sayur yang terjual di pasar pagi, tetapi masih ramai yang membeli sayur seperti ini kerana beberapa faktor:
Mempunyai Bahan Pengawet Dan Tahan Lama
- Foto – Vegetarian Times
Antara salah satu sebab mengapa ramai yang suka makan sayur sejuk beku, yang diproses dalam tin dan yang dipakej dalam bungkusan adalah kerana ia telah dicampur dengan bahan pengawet untuk tahan lama.
Dengan bahan pengawet sayur seperti ini mampu bertahan lama lebih kurang tiga minggu hingga ke dua bulan lebih, berbanding sayur segar yang hanya tahan dalam tiga ke empat hari saja.
Mudah Bawa Ke Mana-Mana Tanpa Perlu Risau Rosak
- Foto – Primal Peak
Selain itu, sayur seperti ini juga lebih mudah untuk di bawa ke mana-mana saja tanpa perlu risau rosak, busuk dan layu.
Penyediaan Masakan Yang Lebih Cepat Dan Menyenangkan
- Foto – Tommy’s Superfoods
Tambahan lagi sayur-sayuran sejuk beku dan yang diproses dalam tin serta yang dipakej dalam bungkusan, lebih menyenangkan kerana mudah dan cepat masak seperti makanan segera.
Mempunyai Perasa
- Foto – Pinterest
Seperti sedia maklum, sayur seperti ini juga telah disebatikan dengan garam sebagai penyedap rasa untuk dimasak secara terus.
Sedap Dimakan Tapi Tak Boleh Selalu
- Foto – Pinterest
Meskipun begitu, sayur sejuk beku dan yang diproses dalam tin serta yang dipakej dalam bungkusan tidak bagus jika makan selalu kerana jumlah garam dan kalori yang tinggi.
Sekali-sekali bolehlah makan, dan kamu perlu mengambil sayur segar untuk dapatkan nutrisi asli yang diperlukan dalam tubuh badan.
Selamat beramal♥