Kes terbaru melibatkan penghuni dan bayi dari Baitus Solehah yang terletak di Skudai, Johor disahkan menghidapi Covid-19 semalam 2 Februari 2021 selepas menjalani beberapa ujian calitan sejak hujung bulan Januari lalu.
Menurut The Star, ke semua penghuni rumah perlindungan ini di hantar ke tiga hospital berdekatan iaitu Hospital Sultanah Aminah, Hospital Kluang dan Hospital Permai.
57 Penghuni Bersama 22 Bayi Mangsa Jangkitan Covid-19
Dipetik dari The Star, seramai 56 penghuni Baitus Solehah termasuk ibu muda yang berusia dari 15 tahun hingga 32 tahun.
Manakala 22 bayi Baitus Solehah yang berusia antara 10 hari hingga setahun, menjadi mangsa virus pandemik pada awal tahun ini.
Ikuti Prosedur SOP
- Foto – Baitus Solehah
Pengurus Baitus Solehah iaitu Puan Muna Liza Ismail, memaklumkan bahawa rumah perlindungannya itu sentiasa mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan.
Namun tidak menyangka selepas menjalani ujian calitan pada hujung bulan Januari lalu, terdapat simptom jangkitan Covid-19 di kalangan penghuni Baitus Solehah.
Punca Masih Dalam Siasatan
Dimaklumkan pihak kementerian kesihatan sedang menyiasat dari mana punca jangkitan ini berlaku ke atas, ke semua penghuni dan bayi Baitus Solehah ini.
Mohon Doa Orang Ramai
- Foto – Baitus Solehah
Di laman Facebook Baitus Solehah, pengurus rumah perlindungan Puan Muna Liza memohon doa agar diberi kekuatan buat penghuni Baitus Solehah menghadapi ujian ini dan semua pulih seperti sedia kala.