Ikon 90-an yang paling dikenali seantero dunia? Nama Pokémon antaranya, bukan disukai kanak-kanak saja tapi golongan dewasa turut sama naik teruja setiap kali melihat ikon ini. Itulah impak Pokémon memainkan peranan dalam kehidupan kita.
Bagi meraikan dunia Pokémon yang penuh warna-warni, Levi’s hadir dengan koleksi penuh ceria Levi’s x Pokémon yang berinspirasikan era ‘90-an.
Highlight Levi’s x Pokémon Inspirasi Era 90-an
Diilhamkan daripada musim pertama siri animasi asli Pokémon, koleksi ini merangkumi himpunan denim, helaian kemeja, kemeja-T, celana pendek, fleece dan aksesori yang menampilkan grafik serta cetakan watak-watak popular animasi itu, dan persekitarannya.
- Foto – Levi’s x Pokémon
Highlight adalah kemeja-T grafik yang mengimbau kembali seni watak klasik seperti Ash, Misty dan Pokémon daripada musim pertama.
Bagi peminat Misty, Levi’s membawakan celana pendek Misty Short dan kemeja-T tanpa lengan Misty Tank sebagai penghormatan kepada padanan ikonik yang digayakannya dalam siri itu.
- Foto – Levi’s x Pokémon
Aksesori dan barangan runcit juga tidak ketinggalan disuntik dengan elemen Pokémon, seperti topi trucker merah dan putih yang dipakai Ash Ketchum , serta topi beanie kait Pikachu dengan telinga kuning tiga dimensi.
Himpunan Levi’s x Pokémon akan menemui peminat menerusi www.levi.com.my mulai 10 Februari 2021, dan di butik Levi’s seluruh negara mulai 15 Februari 2021.
- Foto – Levi’s x Pokémon
Happy Shopping!