• Latest
Foto - Pinterest

Jangan Samakan Wantan Dengan Dumpling, Lain Rasa Dan Cara Buat

February 3, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

Jangan Samakan Wantan Dengan Dumpling, Lain Rasa Dan Cara Buat

by Mas Idayu
February 3, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

11
SHARES
106
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bila bicara soal makanan seperti wantan dan dumpling, kebanyakan orang merasakan kedua-dua jenis makanan ini adalah sama kerana kedua-duanya mempunyai inti dan saiz juga lebih kurang sama.

Tapi hakikatnya wantan dan dumpling merupakan dua makanan yang berlainan, jadi apa yang membuatkan ia berbeza?

Guna Tepung Yang Berbeza

Foto – Kompas

Untuk pengetahuan semua untuk membuat wantan ia menggunakan tepung gandum dan manakala bagi membuat dumpling pula ia selalunya menggunakan tepung gandum dan juga tepung kentang.

Ketebalan Kulit Balutan Yang Berbeza

Foto – Pinterest

Bukan itu saja, wantan dan dumpling mempunyai ketebalan balutan yang berlainan, bagi menghasilkan wantan kulit balutan haruslah nipis dan intinya juga sedikit.

Manakala bagi menghasilkan dumpling pula, ia memerlukan kulit yang sedikit tebal dari wantan bagi mengisi inti yang banyak.

Saiz Dan Bentuk Juga Berlainan

Foto – Pinterest

Wantan mempunyai saiz yang kecil kerana intinya yang sedikit, dan bentuk wanton kelihatan seperti bunjut sup kecil yang comel.

Manakala dumpling pula mempunyai bentuk yang besar seperti beg duit syiling sederhana kecil, dan dengan inti yang padat membuatkan saiz dumpling lebih besar dari wantan.

IKLAN

Kaedah Masakan Saja Sama

Banyak perbezaan antara wantan dan dumpling ini, tapi meskipun begitu kedua-dua makanan lazat ini berkongsi cara masakan atau kaedah masakan yang sama iaitu:

  • Di goreng’
  • Di kukus
  • Di rebus

Resepi Wantan

Bahan-bahan

  • 1 paket kulit wantan segera
  • 1 kilo ayam kisar
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 biji bawang besar diparut
  • 1-2 batang daun sup dipotong halus
  • 1 sudu kecil lada hitam tumbuk
  • 2 sudu makan serbuk secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam

Cara masak

  1. Masukkan ayam, lobak dan bawang besar ke dalam satu bekas besar dan gaul rata bahan-bahan.
  2. Kemudian masukkan daun sup, lada hitam, garam dan serbuk secukup rasa dan gaul bahan-bahan sehingga sebati.
  3. Inti dah siap, ambil satu sudu kecil inti dan letak ke atas kulit wantan dan balut wantan seperti sup bunjut dan untuk bagi kulit wantan melekat sapukan sedikit air di atas kulit wantan sebelum jadikan bunjut.
  4. Wantan dah siap, kamu boleh goreng, kukus atau rebus mengikut selesa masing-masing.

Resepi Dumpling

Bahan-bahan

  • 1 paket kulit dumpling segera
  • 1-2 batang daun bawang dan sup dipotong dadu dan halus
  • 2 ulas bawang putih dipotong dadu dan halus
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu dan halus
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dadu dan halus
  • 5 helai cendawan kering dipotong dadu dan halus
  • 200 gram ayam kisar
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara masak

  1. Masukkan ayam kisar, lobak merah, cendawan, bawang besar, bawang putih, daun sup, dan daun bawang ke dalam mangkuk kemudian gaul sehingga sebati bahan-bahan.
  2. Selepas itu, masukkan sos tiram, garam, lada sulah, lada hitam dan tepung jagung dan gaul rata bahan-bahan.
  3. Siap inti, ambil sudu dan sudukan inti ke atas kulit dumpling dan sapukan sedikit air untuk lekat dan kelimkan kulit dumpling.
  4. Dan siap dumpling, masukkan air dalam periuk pengukus dan kukus air sehingga mendidih selama 10 minit.
  5. Kemudian barulah kamu kukus dumpling dan masak selama 20 minit, dumpling dah siap boleh makan dengan  sos cili atau kicap!

Selamat mencuba♥

Rujukan

Tags: Beza Wantan Dan DumplingCara Buat DumplingCara Buat Wantandumplingresepi dumplingresepi wantanWantan
Share4Tweet3Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Samakan Wantan Dengan Dumpling, Lain Rasa Dan Cara Buat

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.