Tiba saja di waktu pagi kamu mula bermandi peluh, rasa gelisah, dan resah, mula menyelubungi diri tatkala mentari menyinari alam bentara.
Rasa anxiety yang sering menyerang kamu di waktu pagi, kadang-kala membuatkan kamu buntu dan tidak tahu mengapa diri mengalami masalah sebegini.
Ingin mengetahui masalah yang membelenggu diri, mungkin ini penyebab mengapa kamu mengalami masalah anxiety di waktu pagi.
#1 Hormon Stress
- Foto – Cleveland Clinic Health
Peningkatan hormon cortisol atau juga dikenali sebagai hormon stress di waktu pagi, merupakan salah satu punca mengapa kamu di serang penyakit anxiety, apatah lagi kamu merupakan seorang individu yang sering mengalami tekanan.
#2 Tekanan Darah Rendah
- Foto – Narayana Health
Pagi-pagi bangkit dari tidur kamu mengalami tekanan darah rendah dan faktor ini juga boleh menyebabkan kamu di serang penyakit resah dan gelisah secara tiba-tiba.
#3 Pengaruh Alkohol
- Foto – Unlock Food
Kamu sering meminum minuman beralkohol bagi melupakan masalah dan tekanan yang dihadapi, kesannya ia boleh membuatkan perasaan gelisah dan resah kamu makin menjadi-jadi apabila kamu bangun di waktu pagi.
#4 Mengalami Tekanan Di Tempat Kerja Atau Rumah
- Foto – NBC News
Mengalami beban tekanan di rumah, tempat kerja, atau di pusat pengajian, membuatkan kamu boleh di serang anxiety pada waktu pagi.
#5 Masalah Kewangan
- Foto – Keluarga
Dalam kehidupan masalah kewangan sering menjadi punca mengapa fikiran dan jiwa serabut apatah lagi kamu kerap memikirkan masalah kewangan yang di hadapi, membuatkan diri mudah di serang anxiety semasa bangun tidur.
#6 Mempunyai Masalah Kesihatan Fizikal
- Foto – School of Public Health
Mempunyai masalah kesihatan fizikal juga boleh membuatkan diri kamu di serang anxiety pada waktu pagi, dek kerana bebanan perasaan terhadap kekurangan diri membuatkan kamu berasa resah dan gelisah.
#7 Mempunyai Masalah Kesihatan Mental
- Foto – Banyan Mental Health
Mempunyai masalah kesihatan mental, merupakan salah satu faktor mengapa kamu sering di serang anxiety pada waktu pagi dan ia mempengaruhi jiwa serta pemikiran kamu.
Jadi bagaimana hendak menangani masalah anxiety di waktu pagi? Sebenarnya ada beberapa cara untuk tangani masalah ini, antaranya adalah:
- Berdoa
- Meditasi atau yoga
- Bersenam
- Cabar minda berfikir secara optimistik
- Elak melakukan atau terjebak dalam situasi yang boleh menyebabkan diri tertekan
- Amal teknik pernafasan
- Jaga pemakanan yang seimbang dan sihat
Dengan amalkan cara seperti di atas, pasti masalah anxiety yang dialami waktu pagi dapat ditangani dengan baik!
Selamat beramal♥