• Latest
Foto - Daily Mail / Mic

Elak #SilhouetteChallenge, Wanita Boleh Jadi Buruan Individu Pervert!

February 4, 2021
Foto - Facebook

Dah Boleh Rentas Daerah, 5 Hotel Sekitar Lembah Klang Berbaloi Check-In!

March 7, 2021
Foto - The Knot

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Sunday, March 7, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Elak #SilhouetteChallenge, Wanita Boleh Jadi Buruan Individu Pervert!

by Sofie Azizlan
February 4, 2021
Foto - Daily Mail / Mic

Foto - Daily Mail / Mic

7
SHARES
74
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah atau tidak kamu hampir memuat naik sama ada video atau gambar di mana-mana platform media sosial? Tetapi akhirnya kamu tidak lakukannya kerana berasa takut dan tidak selamat.

“It’s okay, saya pun rasa benda yang sama!”

Berbeza dengan dunia dulu, kemajuan teknologi kini semakin canggih dan kadang kala seperti tidak boleh diterima dek akal. Macam-macam perkara kamu boleh cari dan dapat kerana semuanya berada di hujung jari sahaja.

Manakala di TikTok pula, kecoh baru-baru ini dimana kebanyakan pengguna wanita mula memberi ‘amaran’ sesama mereka berkaitan dengan #SilhouetteChallenge. Ini kerana cabaran ini memberi kesan berbahaya kepada golongan wanita.

Apa Sebenarnya #SilhoutteChallenge?

Dianggap sebagai sebuah penghargaan kepada pengguna yang melakukan cabaran ini. Tetapi dalam diam mereka tidak tahu sebenarnya cabaran viral ini boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang.

Foto – TikTok

Bagi kamu yang tidak tahu apa sebenarnya #SilhouetteChallenge, ia adalah cabaran yang menampilkan filter berwarna merah yang berfungsi untuk menonjolkan silhouette pengguna.

Pada permulaan video ini, pengguna akan mula merakam diri mereka dengan memakai pakaian biasa sebelum mereka mematikan lampu dan digantikan dengan filter berwarna merah tersebut.

@joannaalfarah

#greenscreen #silhouettechallenge #fyp #silhouette #foryou

♬ Put Your Head On My Shoulder – Giulia Di Nicolantonio

@sirenayasmine

#fyp #silhouettechallenge way better than the buss it challenge. Pervy comments will be deleted 🙄

♬ Put Your Head On My Shoulder – Giulia Di Nicolantonio

 

Ketika filter tersebut digunakan, pengguna akan memakai sama ada pakaian yang nipis, pakaian dalam atau berbogel dengan posing di bingkai pintu sebagai tanda menghargai bentuk badan mereka.

Kenapa Cabaran Viral Ini Boleh Jadi Bahaya?

Siapa sangka disebalik filter berwarna itu, ada cara untuk hilangkannya bagi menunjukkan bentuk badan pengguna yang sebenar.

Foto – Daily Express

Jika mereka masih berpakaian, ia dianggap masih bernasib baik. Jika tidak, mereka boleh menjadi mangsa kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Menjadi perbualan setiap orang, beberapa video telah dimuat naik di Youtube bagi membantu mereka melampiaskan nasfu dengan melihat bentuk badan sebenar di sebalik filter berwarna itu.

IKLAN

Foto – Buzz Feed News

Video yang dimuat naik itu memberi ‘panduan’ kepada mereka dalam menyunting semula seperti mengubah kontras dan warna. Hasilnya ia boleh kurangkan kesan silhouette tersebut.

Mendapat hasil carian yang paling tinggi di YouTube, ‘panduan’ tersebut telah tersebar ke beberapa platform lain seperti Twitter dan Reddit. Dan kini, Reddit juga telah melarang dan menghalang perkongsian trik tersebut. Manakala akaun pengguna yang menyebarkan di Twitter juga telah suspended.

Amaran Kepada Golongan Wanita!

Melihat kepada situasi ini, Kai Lee iaitu seorang jurugambar dan juga pengguna TikTok telah memberi ‘amaran’ kepada golongan wanita tentang cabaran viral tersebut.

“Cabaran viral ini sering muncul di For You Page (FYP) di akaun peribadi saya. Kesemua video cabaran tersebut nampak sangat comel dan kreatif. Tetapi sebelum memuat naik pastikan kamu sedar tentang pakaian yang dipakai di sebalik filter tersebut.”

@lostvsnryshots

PSA TO ALL THE QUEENS ✨ #silhouettechallenge #silhouette #PSA #queensupportqueens #tiktoktrends #photography #photoshoot #phototricks

♬ Put Your Head On My Shoulder – Giulia Di Nicolantonio

Kai Lee juga mengatakan dengan filter tersebut, ianya sangat mudah untuk individu tidak bertanggungjawab menukar semula video tersebut kepada bentuk asal.

“Jika kamu memakai pakaian dalam atau berbogel sebelum melakukan suntingan dengan memasukkan filter tersebut, kamu perlu tahu ianya sangat mudah untuk jadikan kepada bentuk asal.”

Selain Kai Lee, beberapa pengguna di Twitter dan Facebook juga turut mewar-warkan pengetahuan ini bagi membantu golongan wanita daripada menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

THIS IS MESSED UP: Women are warning Creators about the TikTok Silhouette Challenge after dozens of videos appear on YouTube showing how to remove the red filter in order to reveal Creators’s bodies. pic.twitter.com/GnqeH2r9ND

— Def Noodles (@defnoodles) February 1, 2021

Obviously not linking, but there are videos all over YouTube offering tutorials for how to "remove" the red filter for TikTok's Silhouette Challenge, in which women dance nude or partially nude in silhouette. This is a huge consent violation and @YouTube should remove them ASAP.

— Ej Dickson (@ejdickson) February 1, 2021

Macam-macam dengan dunia sekarang, sangat menakutkan! Bagi kamu yang ingin mencuba beberapa cabaran viral di TikTok atau mana-mana platform media sosial, pastikan kamu fikir kesannya untuk elakkan terjadi seperti #SilhouetteChallenge.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: bahaya silhouette challenge tiktokkai lee tiktokkesan silhouette challenge tiktoksilhouette challenge tiktoksilhouette challenge viral tiktokTikTok
Share3Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Elak #SilhouetteChallenge, Wanita Boleh Jadi Buruan Individu Pervert!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.