Hilanglah keaslian rasa ubi kentang kalau menggunakan kerepek kentang segera.
Baru-baru ini home chef telah menjadi sensasi internet kerana mengubah kerepek kentang menjadi mashed potato di TikTok.
Inovasi Sebungkus Potato Chips Menjadi Mashed Potato
Individu ini berjaya membawa inovasi ke tahap yang baru, malah ada penonton merasakan ianya trik genius dengan mengubah sebungkus kerepek kentang menjadi kentang lenyek idaman ramai.
https://www.tiktok.com/@elis_kitchen/video/6919198339904949509?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.thedenverchannel.com%2F&referer_video_id=6919198339904949509
Eli, @elis_kitchen telah menjadi sensasi internet untuk video “signature cheesy mashed potatoes” yang telah ditonton lebih dari 670,000 kali di TikTok.
Guna Potato Chips Jenama Lays
Untuk membuat mashed potato istimewa, Eli terlebih menambahkan garam dan cuka ke dalam periuk yang sudah diisi air. Setelah air mendidih, dia meletakkan potato chips Lays ke dalam periuk.
Dia masak kerepek itu sehingga menjadi lembek dan bentuknya hilang. Bila dah masak, dia buang air dengan menapis.
Dah lembek, dilenyek menjadi mashed potato. Nak sedap, dia menambahkan beberapa serbuk paprika dan keju ke dalamnya, campurkan kesemua dan jadilah mashed potato.
Netizen Tak Yakin Dengan Trik Eli
Bukan semua kagum dengan ciptaan Eli, rata-rata netizen tidak gembira dan berpuas hati dengan mashed potato menggunakan potato chips.
- Foto – Simplemost
“This feels illegal to watch.”
“There’s instant mashed potatoes, like why!?”
“Please go buy actual potatoes. They’re not even that expensive.”
“This is why doctors get paid as much as they do.”
“I can’t wait for Gordon Ramsay to find this.”
Apa kata anda? Baik beli kentang dan buat sendiri daripada menggunakan kerepek kentang yang sudah diletak MSG dan rasa tiruan semata.
Macam-macam hack dengan TikTok, ada yang boleh guna dan ada pula sebaliknya.