• Latest
Foto - Soompi

6 Langkah Mekap Moon Ga-Young Dalam True Beauty, Simple Dan Cantik!

February 5, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Monday, March 1, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

6 Langkah Mekap Moon Ga-Young Dalam True Beauty, Simple Dan Cantik!

by Sofie Azizlan
February 5, 2021
Foto - Soompi

Foto - Soompi

23
SHARES
229
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Fenomena True Beauty telah meninggalkan impak kepada penonton, terutamanya watak Lim Ju-Gyeong yang dilakonkan oleh Moon Ga-Young.

Bukan apa, watak Ju-Gyeong sebenarnya terjadi dalam dunia realiti. Asal tak cantik saja, mesti dibuli dan dikutuk sama seperti di dalam K-Drama tersebut.

Yang menariknya, transformasi watak ini telah meninggalkan penonton dalam keadaan speechless. Boleh dikatakan setiap mekap yang dikenakan sangat simple dan cantik. Menyerlahkan lagi kecantikan aslinya!

Tak perlu pun habiskan masa berjam-jam di hadapan cermin, kamu juga boleh tiru kembali mekap Ju-Gyeong ini. Hanya 6 langkah sahaja, pasti kamu punya ‘true beauty‘ terserlah!

Langkah 1: Prep Kulit Terlebih Dahulu!

Kulit yang sihat sangat diperlukan untuk menghasilkan look yang lebih natural dan flawless. Jadi, asas skincare yang kukuh diperlukan.

Seperti semua orang tahu, cuci muka dengan pencuci wajah terlebih dahulu. Kemudian, sapukan toner secara menyeluruh di wajah. Tunggu seketika sehingga ia kering.

Foto – Dreamers.id

Selepas itu, barulah kamu menggunakan moisturizer. Fungsi moisturizer ini adalah melembapkan kulit dan membuatkan makeup kamu nampak lebih perfect tanpa sebarang cacat cela. Paling penting nampak glowing seperti kebanyakan selebriti.

Tetapi sebelum itu, pastikan kamu memakai moisturizer yang sesuai mengikut jenis kulit.

Langkah 2: Asas Yang Ringan Dengan CC Cream 

Kamu pasti mahukan wajah seperti Ju-Gyeong iaitu tidak nampak seperti memakai mekap tetapi hanya dab bedak secara ringan sahaja pada wajah.

Senang sahaja, kamu hanya memerlukan asas yang ringan dan tidak terlalu berat sehingga menampakkan kamu seperti memakai mekap. Gunakan asas yang hanya berfungsi menutup parut di wajah dan juga warna kulit tidak sekata.

Foto – Pinterest / The Independent

Kamu boleh menggunakan CC Cream kerana teksturnya yang sangat ringan membuatkan kamu seperti tidak memakai apa-apa di wajah. Pastikan kamu memilih kod warna yang sesuai dengan kulit asal.

Jika kamu memerlukan penggunaan concealer, hanya gunakan di bahagian-bahagian yang perlu sahaja.

IKLAN

Langkah 3: Nampak Fresh Dengan Blush Berwarna Peach 

Blush yang sesuai memainkan peranan penting bagi menghasilkan mekap yang sesuai dengan wajah kamu. Untuk kelihatan lebih fresh dan semula jadi, gunakan blush berwarna peach. Kalau kamu mahu tahu, blush berwarna merah-jingga ini sesuai digunakan untuk kesemua jenis kulit.

Foto – Korean Celeb Gossip

Ikut keselesaan, kamu boleh memilih untuk memakai blush ini dalam bentuk powder atau cream. Jika kamu mahukan blush kekal dalam tempoh jangka masa yang lama, gunakan blush jenis cream.

Langkah 4: Eyeshadow Yang Sesuai Buatkan Wajah Nampak Perfect 

Kalau mahukan makeup seperti ala-ala no makeup look, tak semestinya kamu tidak memerlukan eyeshadow. Untuk pengetahuan kamu, eyeshadow ini membantu menyerlahkan lagi wajah.

Foto – Pinterest / Shopee Malaysia

Kamu boleh gunakan warna-warna yang natural seperti warna coklat pada penutup mata. Layangkan sahaja pada kedua-dua penutup mata.

Jika mahukan solekan mata seperti Ju-Gyeong, kamu boleh gunakan eyeshadow yang mempunyai shimmer bagi membuatkan orang terpukau dengan mata kamu yang cantik itu!

Langkah 5: Penting Nampak Kening Natural 

Paling penting adalah part kening. Susah juga sebenarnya untuk hasilkan kening yang natural. Tetapi jangan risau, kamu boleh lakukannya!

Mengikut keselesaan masing-masing, kamu boleh menggunakan eyebrow pencil, gel, liquid dan sebagainya. Cuma kamu perlu pastikan warna tersebut tidak boleh terlalu gelap daripada warna kening kamu.

Foto – Pinterest / K-Girl Closet

Mengikut jenis bentuk kening pilihan kamu, lukiskan dari luar kening dan sehingga ke dalam. Pada bahagian dalam kening, pastikan kamu layangkan secara perlahan-lahan seolah-olah kening kamu tidak dilukis.

Langkah 6: Lip Tint Buatkan Bibir Lebih Natural Dan Sihat

Seperti Ju-Gyeong, dia gemar menggunakan lip tint berwarna berbanding dengan lipstick. Berbeza dengan lipstick, tekstur lip tint ini membuatkan bibir kamu kelihatan lebih natural dan sihat.

Foto – Soompi

Bukan itu sahaja, jika kamu menggunakannya pasti ramai yang memuji seperti kamu baru sahaja melakukan rawatan bagi mendapatkan bibir yang kelihatan fresh dan remaja. Kamu hanya perlu sapukan di seluruh permukaan bibir dan siap!

Sikit sahaja barangan yang digunakan untuk hasilkan mekap seperti Ju-Gyeong. Sesuai untuk beginner, kamu boleh create balik look ini dengan langkah di atas atau dalam cara kamu sendiri.

Say no to heavy makeup. Selamat mencuba!

Tags: lim ju gyeong true beautymakeup lim ju gyeongmakeup moon ga youngmakeup true beautytips makeup lim ju gyeong true beautytips makeup moon ga young true beauty
Share9Tweet6Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

6 Langkah Mekap Moon Ga-Young Dalam True Beauty, Simple Dan Cantik!

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.