Setiap kali stalk Lisa Surihani di Instagram, mesti cemburu melihat kulit wajahnya yang putih bersih, walaupun tanpa solekan. Dia wanita yang tak perlukan solekan tebal, yang ringkas yang natural dah mampu menaikkan seri penampilan.
Mungkin disebabkan itu, jenama terulung Cetaphil mengambilnya sebagai duta. Lisa bukan setakat mempromosikan Cetaphil malah dia merupakan pengguna setia Cetaphil, dan mengakui kebaikan jenama itu pada wajahnya.
Sempena pelancaran rangkaian baru ‘Cetaphil Bright Healthy Radiance’, Wanista berbesar hati dapat menemu bual pelakon cantik Lisa Surihani selaku duta rasmi Cetaphil.
Matlamat rangkain produk ini adalah untuk meraikan semua jenis kulit untuk wanita Malaysia yang menginginkan kulit yang cerah, bersih dan bersinar sambil mempertimbangkan apa yang selamat untuk kulit.
- Foto – Cetaphil
Jom borak dengan Lisa Surihani tentang dunia kecantikan.
First impression Lisa tentang rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance?
Saya teruja dengan pembungkusan Bright Healthy Radiance, dan sebagai pengguna Cetaphil selama hampir empat tahun sekarang, saya teruja untuk cuba toner yang ada sekali dengan range baru ini.
Sebagai mana yang kita tahu Lisa juga merupakan pengguna Cetaphil, antara semua range penjagaan wajah mana pilihan hati?
Hurmmm… Lisa selesa dengan kesemua range yang Lisa pernah cuba, Cetaphil Gentle Skin Care, Cetaphil Ad Dherma dan juga Cetaphil Bright Healthy Radiance. Mungkin kerana Lisa rasa selamat menggunakannya, sebab produknya mild, dan pada masa yang sama ia berkesan.
Dah berapa lama Lisa jadi pengguna Cetaphil?
Sejak mengandung anak ke-2, hampir empat tahun atau dah masuk empat tahun. Saya diperkenalkan dengan Cetaphil ketika saya mengandung anak kedua, Yusof.
- Foto – Instagram
Ia bermula dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, produk ini diketahui dapat membersihkan dengan baik cukup lembut untuk semua jenis kulit. Saya telah menggunakan produk mereka dan sekarang juga menggunakan rangkaian Bright Healthy Radiance.
Semasa melahirkan Yusof, pihak hospital memberi saya paket rawatan yang mengandungi rangkaian bayi Cetaphil! Yusof juga menggunakan ini hingga hari ini.
Mengetahui bahawa Cetaphil dipercayai oleh pakar dermatologi dan pakar pediatrik memberi saya ketenangan kerana saya menggunakan produk yang dipercayai dalam industri ini.
Lisa percaya pada langkah penjagaan yang banyak macam lebih daripada lima atau ringkas saja?
Saya lebih memilih yang simple kerana faktor masa. Kalau boleh saya tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap.
Boleh kongsikan rutin penjagaan wajah siang dan malam?
Sekarang ini, saya sedang menggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance. Bila siang, moisturiser saya guna adalah Day Cream, kemudian Night Cream untuk malam. Setiap selang sehari, saya akan gunakan Cetaphil Gentle Exfoliating Cleanser.
Nasihat Lisa pada perempuan yang ada masalah kulit wajah sampaikan low self esteem, dan macam mana nak tingkatkan keyakinan mereka?
Kenal pasti jenis kulit untuk memahami jenis pencuci sama ada untuk yang kering, kombinasi, atau berminyak untuk keserasian. Pilih pencuci muka yang mild dan selamat yang digunakan, lebih baik yang disyorkan pakar dermatologi.
Rutin makan makanan yang sihat dan seimbang. Rehat secukupnya setiap hari. Banyak berdoa agar kulit boleh sembuh dan latih diri cuba bersangka baik malah positif untuk elak dari tekanan.
Memandangkan sekarang pandemik dan kita dikehendaki duduk rumah, Lisa ada nasihat untuk wanita yang tinggal bersendirian dalam berdepan dengan kesihatan mental, seperti anxiety, panic attack, loneliness?
Ini adalah masa yang menyedihkan dan tidak menentu, salah satu perasaan yang dialami oleh jutaan semasa pandemik coronavirus adalah kesepian. Dalam usaha untuk kita tetap selamat dan menyelamatkan nyawa, kehidupan harian seperti bersama keluarga, dan rakan terpaksa terhenti seketika.
Kehidupan kelihatan sangat suram dan kita nak putus asa. Ini boleh mengganggu kemampuan untuk berfikir, tenaga dan menyukarkan diri sepanjang hari.
- Foto – Instagram
Rasa kesepian hanya memenatkan, dan ia hanya memakan diri saja. Anda saja yang boleh mengubahnya dengan bersikap proaktif. Memang benar bahawa ini adalah masa yang menyakitkan dan membimbangkan, tetapi anda juga boleh mula mencuba fokus dan mengambil langkah untuk merasa lebih optimis.
Apa yang bermanfaat adalah mengalihkan perhatian diri sendiri, mungkin cuba memasak, membakar, atau kemahiran lain yang anda sendiri mahu lakukan tetapi tidak mempunyai masa sebelum ini, ikuti rutin tersebut.
Cuba hubungi rakan, ahli keluarga, ahli kesihatan atau kaunselor untuk terapi perasaan anda. Mesej atau panggilan telefon boleh memberi perbezaan besar kepada seseorang.
Sertailah online group atau kelas yang memfokuskan pada sesuatu yang anda gemari – seperti online exercise class, kelab buku dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh menghubungi talian bantuan tempatan seperti Healthy Ministry & Mercy Malaysia, Talian Kasih, MyCareCoV19, Befrienders KL jika anda memerlukan seseorang untuk bercakap.
- Foto – Instagram
Semoga kita dapat menghadapi kekangan pandemik coronavirus dan terus menjaga diri dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Terima Kasih Lisa!