Bosan tonton drama Korea, apa kata beralih kepada drama China pula yang pastinya lebih banyak warna dan rencah kehidupan yang penuh drama dan tipu muslihat!
Banyak drama-drama China yang kaya dengan plot demi plot dengan motif yang boleh membuatkan terbakar minda dibuatnya, dan ada juga drama yang bikin air mata tidak berhenti mengalir.
Ini antara drama-drama China yang berbaloi untuk di tonton, dan pastinya berikan kepuasan kepada pencinta drama yang penuh dengan plot twist yang menarik.
#1 Under The Power
Drama ini mengisahkan tentang konspirasi kehilangan dana bagi baik pulih sungai di Yangzhou, dan Luyi ditugaskan sebagai pegawai penyiasat bagi kes kehilangan dana tersebut.
Kehilangan dana tersebut menemukan Lu Yi dengan Yuan Jin Xia, mereka berdua secara tidak langsung terlibat dalam satu konspirasi besar di sebalik kehilangan dana kerajaan tersebut.
#2 Fake Princess
Haru-biru jadinya bila Chang Le si pencuri popular, di suruh menyamar sebagai pengantin dan berkahwin dengan putera mahkota!
Chang Le yang bijak dan licik harungi alam rumah tangga bersama keluarga kerabat diraja dengan penuh lucu dan ragam yang tersendiri.
#3 Nothing But Thirty
Bila umur mencapai 30 tahun, pelbagai perkara mula menjadi beban dalam diri apatah lagi kecantikan tidak lagi kekal seperti di usia muda, cuma kebolehan diri yang mampu membuatkan diri bersinar dan berdiri teguh.
Inilah yang dialami oleh tiga wanita luar biasa, yang mengharungi zaman umur 30 tahun mereka dengan cabaran kehidupan di samping mengejar impian dan kebahagian diri.
#4 Rebirth Shopping Addict
Gao Yang yang lahir dari keluarga kaya-raya dan mampu memiliki apa saja, membuatkan dirinya kemaruk dengan aktiviti membeli-belah tanpa had limit.
Tapi semuanya mula berubah apabila syarikat ayahnya jatuh muflis dan hilang tanpa khabar berita, Gao Yang mula jalani kehidupan seperti wanita biasa dan belajar menjadi insan yang matang dalam perniagaan serta percintaan.
#5 Make My Heart Smile
Drama ini mengisahkan mengenai persahabatan yang terjalin di antara Gu Yan Luo, Ye Wei Mian, Lu Yao, Jin Yue, Mu Ze dan Zuo Si Chen.
Pertemuan di kolej mengeratkan persahabatan diantara mereka dan membuahkan hubungan cinta, di samping mengejar impian dan cita-cita masing-masing.
#6 Love And Redemption
Apa agaknya akan berlaku bila dua orang insan yang lahir pada hari yang sama, kemudiannya bertemu dan menjadi sepasang kekasih?
Takdir menemukan Chu Xuan Ji dan Yu Si Feng dan sepanjang mengembara bersama mereka temui kisah silam dan memori lama yang berkait dengan konspirasi tiga dunia iaitu dunia kayangan, syaitan dan manusia.
https://www.youtube.com/watch?v=HkS_XhQNBYQ
#7 The Blooms At Ruyi Pavilion
Bila salah faham dan sangsi mula meracuni jiwa dan fikiran, segalanya di lihat sebagai tipu helah semata-mata.
Fu Rong, anak perempuan kedua dari keluarga Fu yang mempunyai kuasa mempunyai kuasa mistik yang dapat melihat masa depan.
Tetapi sayang dengan kuasa yang ada tidak dapat menghalang tragedi yang bakal menimpa dirinya di masa hadapan, hanya dengan kebijaksanaan dan berganding bahu bersama suaminya iaitu Duke Su Xu Jin takdir akan berubah.
Jadi apa lagi, jom tonton drama hangat hari ini juga dan percayalah sekali dah tonton pasti terjebak hingga ke episod terakhir.
Selamat menonton♥