Bagi mereka yang tidak tahu, Halsey tidak pernah mengambil sesiapa untuk melakukan solekannya sama ada ketika menghadiri acara karpet merah, video musik, tour, hari biasa dan sebagainya.
Jangan terkejut, di sebalik mekapnya yang on point itu dia sendiri lakukannya. Berkat dengan minat dan usahanya itu, siapa sangka Halsey boleh hasilkan mekap yang unik dan lain daripada orang lain.
Disebabkan oleh bakatnya sebagai seorang pelajar seni, kini Halsey mengeluarkan koleksi mekapnya sendiri iaitu “About Face“. Memfokuskan muka sebagai sebuah kanvas, pasti kamu teruja untuk menggunakannya.
Jika dilihat dari segi packaging, jenis-jenis dan sebagainya, sangat rugilah kalau tak masukkan koleksi yang unik ini dalam senarai yang wajib dibeli. Kalau kamu mahu tahu kenapa, teruskan membaca.
Apa Yang Best Tentang “About Face”?
Dikenali dengan wanita yang mementingkan self-love, identiti dan juga refleksi, “About Face” adalah koleksi mekap Halsey yang menjadikan jenama ini sebagai cerminan dirinya.
“Dalam pada masa yang sama, jenama ini berfokuskan kepada koleksi mekap yang boleh digunakan oleh semua orang dengan tujuan mendedikasikan diri untuk kelihatan cantik tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang dalam cara masing-masing.”
Untuk pengetahuan kamu, koleksi “About Face” ini dikeluarkan dengan tiga jenis francais yang berbeza iaitu
- Light Lock terdiri daripada highlighter yang mempunyai kilauan yang menakjubkan, kamu boleh mendapatinya dalam bentuk stick, powder, cecair dan juga lip gloss.
- Matte merangkumi kemasan baldu dengan produk seperti Paint-It Matte Lip Colors, Matte Fix Lip Pencils dan Fluid Eye Paint.
- Shadowstick pula, ia merangkumi cream shadow crayon dalam kod-kod warna lembut pastel.
Dari segi packaging pula, setiap produk ini ‘dibungkus’ dalam warna pink-and-chrome atau bold, tiub solid-colored dan compacts.
Setiap produk kecantikan ini diyakini bebas kekejaman, vegan serta diformulasikan tanpa menggunakan pewangi gluten, phthalates, parabens atau sintetik.
Penting Solekan Wajah
Setiap orang mementingkan solekan wajah yang cantik dan unik untuk tampil menyerlah dalam cara mereka tersendiri. Koleksi “About Face” ini dapat membantu dengan memberikan beberapa warna kilauan dan berpigmen bagi memberikan hasil akhir yang menakjubkan!
Untuk bahagian wajah, Halsey telah menampilkan produk seperti Matte Fix Spray, Light Lock Highlighting Fluid, Light Lock Powder dan Light Lock Stick. Setiap produk Light Lock ini merangkumi tiga warna yang berbeza dari light sheer sehingga deeper bronze.
Beli:
- Matte Fix Spray [RM 113.97]
- Light Lock Highlighting Fluid [RM 130.26]
- Light Lock Powder [RM 122.11]
- Light Lock Stick [RM 101.76]
Warnakan Bibir Kamu
Kalau kamu lihat warna-warna bibir Halsey, pasti kesemuanya kelihatan warna yang bold. Menerusi koleksi ini, kamu boleh dapatkan warna-warna seperti deep wine red, matte burnt beige, light pale pink dan pelbagai lagi.
Untuk koleksi bagi bibir pula, kamu boleh dapatkan produk seperi Light Lock Lip Gloss, Paint-It Matte Lip Color dan Matte Fix Lip Pencil.
Selain warna-warna matte yang gelap, Light Lock Lip Gloss mengandungi kilauan yang dilapisi dengan mutiara yang menjadikan bibir kamu berkilau dan cerah.
Beli:
- Light Lock Lip Gloss Light [RM 81.41]
- Paint-It Matte Lip Color [RM 81.41]
- Matte Fix Lip Pencil [RM 69.20]
Serlahkan Bahagian Mata
Untuk bahagian solekan mata pula, kamu boleh dapatkan dua jenis produk daripada “About Face” yang memberikan hasil bold matte finish, saturated matte, atau pearlescent shimmer.
Untuk hasil solekan itu, kamu boleh menggunakan Matte Fluid Eye Paint dan Shadowstick. Bagi Matte Fluid Eye Paint yang berpigmen ini, kamu boleh dapatkan dalam 6 jenis warna yang boleh digambarkan sebagai “one-swipe color“. Manakala Shadowstick pula, ia mengandungi warna matte dan shimmery yang mempunyai fungsi sebagai eyeliner dan eyeshadow.
Beli:
- Matte Fluid Eye Paint [RM 97.69]
- Shadowstick [RM 85.48]
Dengan menggunakan koleksi “About Face“, kamu boleh merasai dan mendapatkan “Hasley Look“. Untuk pembelian, kamu boleh layari laman web rasmi “About Face“.