Ingatkan jerawat kecil dan merah ini akan hilang, tapi sebaliknya bertukar menjadi besar dan bertukar menjadi bisul yang berbisa!
Bisul kalau tidak di rawat dengan cepat boleh mudaratkan kesihatan diri, dan penyakit ini boleh berada di mana jua di bahagian tubuh kita.
Jadi apa nak buat bila diri terkena dengan bisul ini, ada beberapa cara kita semua boleh lakukan bagi merawat bisul di tubuh.
Tuam Guna Air Panas
- Foto – Wiki How
Ambil kain bersih dan rendam dalam air panas, kemudian perah kain tersebut dan tuam pada bisul, sehingga bisul mula jadi surut.
Minyak Tea Tree
- Foto – Pinterest
Ambil tiga ke lima titis minyak tea tree pada cotton bud dan calitkan pada bisul secara perlahan-lahan, ulang langkah ini selama beberapa hari atau sehingga bisul surut dan hilang.
Minyak Castor/Tropical/Neem
- Foto – Pinterest
Minyak castor, tropical dan neem juga boleh digunakan pada bisul, pilih mana-mana diantara tiga jenis minyak ini kemudian calit minyak tersebut pada atas bisul di tubuh kamu.
Bawang Putih
- Foto – Pinterest
Bawang putih juga boleh digunakan bagi merawat bisul, caranya ambil seulas bawang putih kemudian di belah dua dan tumbuk halus bawang putih tersebut.
Selepas itu, calit sedikit sahaja bawang putih di atas bisul, jangan terlalu banyak pula takut nanti bisul tersebut pecah dan kamu akan berasa lebih pedih lagi.
Kentang
- Foto – Be Beautiful
Kentang juga boleh digunakan bagi merawat bisul, caranya kamu perlu hancurkan kentang tersebut sehingga menjadi pes dan kemudian calitkan di atas bisul.
Cara Elakkan Bisul
- Foto – AARP
Bagi yang mempunyai masalah bisul kamu boleh cuba menggunakan kaedah seperti di atas, tapi dalam masa yang sama selepas ini kamu harus menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan diri dari terkena penyakit bisul.
Bagaimana nak mengelakkan terkena penyakit bisul ini adalah dengan elakkan penggunaan gula, protein yang berlebihan dan juga susu. Sebaliknya lebihkan makan sayur dan juga buah-buahan segar.
Selamat beramal♥