• Latest
Foto - The Wellness Connection

Langsung Tak Bersenam, Tubuh Akan Alami 7 Tanda

February 7, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Foto - Health

Kamu Risiko Terkena ‘Ini’ Jika Tidur Dengan Rambut Basah

February 24, 2021
Foto - Live Happy Magazine

Ini Cara Nak Tahu Jika Seseorang Itu Sedang Berbohong Di Depan Kamu

February 24, 2021
Foto - Healthline

Kenapa Penting Untuk Wanita Makan Asid Folik?

February 24, 2021
Foto - Business Insider

Jangan Buang Silica Gel, Banyak Kegunaan Yang Kita Tak Tahu

February 24, 2021
Foto - Instagram Manya Singh

Terpaksa Mop Lantai Dan Tidur Di Stor, Miss India 2020 Runner-Up Kongsi Kisah

February 24, 2021
Foto - Pinterest / TV3

Makin Hot! 6 Selebriti Amal Diet Intermittent Fasting

February 24, 2021
Foto - Instagram

Wanita Kelantan Miliki Wajah Jelita Dan Flawless, Ini Rahsianya

February 23, 2021
Foto - Forbes

6 Trik Menarik Yang Ramai Tak Tahu Tentang Iphone

February 23, 2021
Foto - Eat This

6 Resepi Smoothie Buah-Buahan Untuk Turun Berat Badan

February 23, 2021
Thursday, February 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Langsung Tak Bersenam, Tubuh Akan Alami 7 Tanda

by Malisa Aina
February 7, 2021
Foto - The Wellness Connection

Foto - The Wellness Connection

104
SHARES
1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Kenapa hari-hari aku rasa malas, tak bersemangat…?”

Kamu rasa penat, mengantuk, tak bertenaga, badan lesu? Itu merupakan antara petanda tubuh kamu kurang bergerak apatah lagi bersenam.

Bersenam adalah keperluan. Sekiranya anda tidak memenuhi keperluan ini, badan akan memintanya sendiri. Mungkin sekarang anda tidak nampak komplikasi jika tidak bersenam, tapi perhatikan diri sendiri, tengok perubahan… kalau rasa diri makin negatif, do something!

IKLAN

Selalu Letih

Sekiranya anda merasa letih sepanjang masa, walaupun makan dan tidur cukup, kemungkinan yang anda perlukan adalah bersenam.

Foto – The Rise & Shine

Kajian dari University of Georgia menunjukkan bahawa hanya berjalan 20 minit dan melakukan senaman aerobik 3 kali seminggu secara berkala dapat meningkatkan tenaga sebanyak 20%.

Badan Terasa Sakit

Pernahkan anda merasa ketika anda bangun pada waktu pagi, tiba-tiba punggung, lutut, atau bahu anda sakit? Walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti berat. Ini juga boleh menjadi petanda bahawa anda tidak cukup bersenam.

Dengan mengelakkan otot, sendi akan mengendur dan darah mengalir dengan lebih lancar ke semua bahagian badan, yang akan mengurangkan kesakitan. Bahkan orang yang mengalami sakit dan sakit jangka panjang seperti rheumatoid arthritis, dapat melegakan simptom mereka jika melakukan senaman secara berkala.

Rasa Tertekan

Adakah anda merasa tertekan sejak kebelakangan ini? Memikirkan perkara, bimbang, takut akan macam-maca perkara?

Foto – The Conversation

Dengan bersenam, anda akan merasa lebih tenang dan bahagia. Senaman meningkatkan tahap endorfin dalam badan. Endorfin adalah hormon semula jadi yang akan memberikan rasa senang dan tenang.

Tak Pernah Rasa Kenyang

Apabila anda tidak cukup bersenam, badan akan berasa letih. Badan yang letih sebenarnya menghasilkan lebih banyak hormon ghrelin (hormon yang mengawal sensor lapar). Terlalu banyak hormon ini menyebabkan anda ingin makan lebih banyak sepanjang hari.

IKLAN

Senaman dapat mengawal nafsu makan dengan baik. Orang yang bersenam secara teratur akan dapat mengawal hormon ini dengan lebih baik, sehingga perasaan lapar tetap terjaga.

Sembelit

Senaman membantu meningkatkan pergerakan sistem pencernaan. Apabila seseorang kurang bersenam, proses pencernaan badannya juga akan menjadi perlahan.

Foto – mStar

Lebih-lebih lagi, orang yang mempunyai banyak lemak viseral (lemak perut) dan mengalami pergerakan usus yang tidak teratur, juga berisiko kanser kolorektal.

Berat Badan Naik

Sedangkan atlet profesional yang berhenti latihan hanya selama 5 minggu mengalami peningkatan peratusan lemak badan sebanyak 12 peratus, inikan pula anda.

Hasilnya ialah peningkatan lemak meningkatkan berat badan dan pinggang mereka, seperti yang dilaporkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research pada tahun 2012.

Bayangkan dengan rutin yang sama, makan tetap waktunya, kurang aktiviti fizikal, tidak hairanlah badan anda akan mengumpulkan kalori dari makanan dan menambah berat badan.

Masalah Tidur

Sekiranya anda sukar tidur terutama pada waktu malam, ini mungkin merupakan tanda bahawa anda perlu bersenam.

Foto – Optimistic

Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang bersenam 30-40 minit 4 kali seminggu mengalami peningkatan kualiti tidur, mengantuk pada waktu siang, dan merasa lebih selesa pada hari berikutnya, bahkan lalui hari dengan aktif.

Jadi, kepada anda yang langsung tidak bersenam, ubah gaya hidup dan mulakan langkah. Tak perlu beria work in ke gimnasium, senaman ringkas atau jogging di sekitar tanam juga sudah mencukupi. Asalkan keluar peluh, bergerak dan badan terasa ringan.

Stay Safe & Be Positive!

Tags: kurang bersenammalas bersenamOlahragasenamantak bersenamtanda kurang bersenam
Share42Tweet26Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Langsung Tak Bersenam, Tubuh Akan Alami 7 Tanda

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.