Servis perkhidmatan penghantaran segera J&T, yang terkenal dengan servis penghantaran yang cepat dan berkesan di lihat semakin menurun sejak tahun lalu.
Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan servis penghantaran J&T, bagi membeli barang secara dalam talian berasa tidak berpuas hati.
Selain itu, keluar pula konflik dalaman J&T yang menjadi punca mengapa servis perkhidmatan J&T semakin menurun dari hari ke sehari.
Barang Tersadai Dan Lewat
- Foto – Today Online
Isu barang lewat sampai mungkin sudah biasa dalam servis pengkhidmatan penghantaran dek kerana masalah cuaca atau hal-hal berkaitan khidmat penghantaran.
Tapi lain pula jadinya bila barang tersadai lama di pusat penghantaran dan tiada petanda servis penghantaran di buat keluar membuatkan orang ramai marah.
Menunggu Lama Di Kaunter, Barang Renyuk Dan Hilang
- Foto – Facebook J&T Express
Apatah lagi, ada segelintir pelanggan terpaksa datang ke kaunter J&T untuk mengambil barang masing-masing dan terpaksa pula menunggu lama untuk mendapatkan barang tersebut di kaunter menaikkan lagi amarah netizen.
Sudahlah begitu, ada juga aduan melihat kotak barangan yang diterima renyuk, rosak dan paling tidak boleh diterima netizen apabila barang yang dibeli hilang dari kotak bungkusan.
Konflik Dalaman, Pekerja Teraniaya
- Foto – J&T Express
Isu soal konflik dalaman dan pemotongan gaji pekerja semasa pandemik tular di laman media sosial, apatah lagi netizen mendakwa hal ini antara punca penyebab servis J&T semakin teruk dan menurun.
Isu pemotongan gaji dan elaun cas penghantaran yang tidak munasabah menyebabkan ramai pekerja J&T tidak berpuas hati dan ini memberi kesan terhadap prestasi kerja mereka.
Dan hal ini juga membuatkan netizen menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan J&T, mengenai isu pemotongan gaji pekerja di laman media sosialnya.
- Foto – Facebook J&T Express
- Foto – Facebook J&T Express
J&T Mohon Maaf, Berusaha Beri Perkhidmatan Terbaik
- Foto – Facebook J&T/The Star
Berikutan hal yang melanda, J&T mengeluarkan surat kenyataan mengenai isu-isu yang berkait seperti kehilangan barang milik pelanggan dan juga mengenai pemotongan gaji pekerja.
J&T Express menyatakan isu soal pemotongan gaji, di mana pihak mereka tidak memotong atau berhutang gaji pekerja dan pembayaran gaji serta bonus mengikut pengagihan sistem.
Manakala isu kehilangan barang pelanggan, pihak J&T Express memohon maaf atas perkara yang berlaku dan akan membuat pengawasan dan meningkatkan standard pengurusan serta perkhidmatan mereka.