“Wanista nak beritahu KFC ada menu baru!”
Wanista dah cuba dan rasanya memang memikat. Kalau kamu suka makan burger, bolehlah cuba menu ini.
Zero Chicken Burger Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam
KFC melancarkan KFC Zero Chicken Burger – burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.
Tawaran waktu terhad ini memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang mengingini variasi baharu dalam pilihan makanan mereka.
- Foto – KFC
Yang lainnya KFC Zero Chicken Burger menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol.
Bila makan rasa macam ayam ketulan nugget, memang sedap dan penuh dengan isi.
Sos Spicy Memikat Makin Berselera
Selain dagingnya, KFC Zero Chicken Burger dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju bersama salad cincang segar, diapit dengan kepingan bijan lazat.
Yang ini memang agak spicy dari BBQ, tapi dengan gabungan mayonis, rasanya enak bersama dan lemak berkrim. Just nice!
Menu Bukan Vegetarian
Mungkin ada yang menganggap menu ini vegetarian kerana tanpa ayam, namun ianya bukanlah produk vegan kerana ianya disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.
Jadi, kalau anda nak cuba sendiri menu ini, nikmatinya A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula RM12.99 sahaja.
- Foto – The Mirror
Secara keseluruhannya, burger ini memang mengenyangkan. Daging agak tebal, sos mayonis dan BBQ banyak, salad segar. Wanista beri ⭐⭐⭐ sahaja, bukan peminat BBQ!
Selamat Mencuba!