Wanita merupakan insan yang mudah tersentuh dan tergoda dengan visual, bukan lelaki saja mudah jatuh cinta pada visual tetapi wanita juga sama dan suka melihat yang indah-indah di mata mereka.
Apatah lagi jika mata mereka melihat fesyen lelaki yang memakai kot sebagai pakaian harian mereka, memang bikin hati wanita tidak berhenti berdegup dibuatnya.
Ini sebab mengapa ramai wanita suka melihat lelaki memakai fesyen kot.
Terserlah Aura Cool
Tidak kira fesyen kot pendek atau panjang, wanita dapat lihat aura cool mereka terserlah satu kepala dan ini membuatkan mata wanita tidak dapat berhenti memandang sang jejaka yang bergaya dengan fesyen seperti ini.
- Foto – Pinterest
Nampak Matang Dan Berwibawa
Fesyen seperti ini juga membuatkan sang jejaka tampak matang dan berwibawa, dan hal ini memang tidak dapat disangkalkan lagi. Pernah dengar tak peribahasa “clothes make the man”, serupanya bukan?
- Foto – Pinterest
Kelihatan Sangat Berkaliber Dan Bercita-cita Tinggi
Dengan sehelai kot ini saja, sudah cukup menunjukan bahawa si jejaka kelihatan sangat berkaliber dan bercita-cita tinggi, aura yang dipamerkan ini menunjukan fesyen kot seperti ini sangat luar biasa!
- Foto – Pinterest
Bergaya Dan Macho
Fesyen kot labuh atau panjang mampu memberikan gaya yang unik kepada si pemakai, bukan itu saja fesyen sebegini juga membuatkan si jejaka kelihatan macho.
- Foto – Pinterest
Berketerampilan Dan Terserlah Kekacakan
Tak berkerdip mata tatkala melihat fesyen lelaki seperti ini gaya dan keterampilan yang smart menyerlahkan kekacakan yang tersembunyi dalam diri sang jejaka.
- Foto – Pinterest
Patutlah mata wanita tak berkelip apabila memandang fesyen lelaki yang memakai kot, dengan gaya dan aura yang terpancar di seluruh tubuh mereka membuatkan wanita cair dan jatuh cinta terus!
Bukan biasa-biasa penangan fesyen kot yang digayakan oleh orang lelaki ini, apatah lagi kalau fesyen seperti ini digayakan pula oleh pasangan masing-masing boleh pengsan dibuatnya.