Redup mata memandang gaya Ainan Tasneem yang sopan dan tak lokek dengan senyuman sepanjang masa, apatah lagi sejak melahirkan sepasang bayi kembar aura keibuan cukup menyinari di wajah bersih wanita ini.
Pelatun lagu popular “Aku Suka Dia” dan “150 Juta” ini, kini lebih banyak berkongsi ilmu bermanfaat mengenai keibubapaan.
Dan salah satunya adalah, cara membedung bayi dengan kemas menggunakan kain muslin yang lembut dan selesa pada kulit bayi.
Guna Kain Muslin Lembut
Dalam perkongsian video yang dimuatnaik Ainan Tasneem di laman Instagramnya, Ainan menggunakan kain muslin lembut dari bebiesf [SINI] bagi membedung anak kembarnya.
Langkah Pertama: Bentang Dan Lipat Segi Tiga
- Foto – Instagram Ainan Tasneem
Seperti dalam video Ainan bentangkan kain bedung di atas tilam dan kemudian melipat kain tersebut menjadi segi tiga (tengok video dan gambar).
Kain muslin yang Ainan Tasneem gunakan sangat lebar dan besar, memudahkan urusan untuk membedung anak!
Langkah Kedua: Bedung Tangan Dan Dada Anak
- Foto – Instagram Ainan Tasneem
Kemudian letak anak di atas kain muslin pada paras bahu anak, ibu atau bapa boleh letak anak di separa hujung bucu kain sama ada disebelah kiri atau kanan, ikut keselesaan.
Kemudian ambil hujung bucu kain yang sedikit itu, dan kemudian bedung tangan dan dada anak dengan menyembunyikan kain dibelakang badan anak.
Kemaskan kain bedung, bagi yang tidak biasa atau baru pertama kali bedung anak boleh ukur atau buat anggaran banyak mana nak bedung anak seperti yang Ainan Tasneem tunjukkan dipermulaan video.
Langkah Ketiga: Bedung Habis Badan Anak Dan Lipat Lebihan Kain Dengan Kemas
- Foto – Instagram Ainan Tasneem
Selepas itu, ambil bahagian kain yang banyak dan bedung tangan serta dada anak bawa kain tersebut kebelakang badan anak.
Kemudian terdapat lebihan kain bedung yang berjuntai, ambil lebihan kain yang panjang itu dan lipat dua (lihat video dan gambar) selepas itu bedung lagi sekali dan baki kain diselit pada lilitan bedung.
Senang dan mudah bukan nak bedung anak sebenarnya, lagi-lagi kalau praktis setiap masa memang cekap dan cepat!
Selamat beramal♥