Setiap kali anda menonton video rutin penjagaan wajah selebriti terkenal atau individu berpengaruh, mereka mengesyorkan mencuci dengan cara ‘circular motion’.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa mencuci muka dalam gerakan membulat? Adakah langkah minimum ini memberi kesan yang besar pada perubahan kulit?
Menghilangkan Lebih Banyak Bakteria
Kenapa pakar kecantikan menggunakan gerakan membulat ketika mencuci muka adalah kerana kulit lebih lembut, menghilangkan bakteria dengan lebih menyeluruh, mengurangkan jerawat dan merawat kulit bermasalah.
Mencuci muka dengan gerakan bulat membantu menyingkirkan bakteria dengan lebih berkesan daripada tenik mencuci yang lain.
- Foto – Cosmetic
Apabila kita menggosok kulit, ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada kulit. Menggosok, menggunakan kain kasar dan bertekstur, atau menggosok kulit secara agresif sebenarnya boleh menyebabkan kulit anda rosak, menyebabkan bakteria meresap ke dalam kulit dan bukannya dibuang.
Oleh kerana itu, ia mengakibatkan jerawat, bintik hitam, dan kulit jadi kemerahan dan iritasi. Selain itu, pembersihan yang terlalu agresif juga dapat meregangkan kulit dan mengakibatkan kedutan.
IKLAN
- Foto – Allure
Apabila kita menggunakan keadah gerakan membulat, kita dengan berhati-hati dan lembut membunuh bakteria jahat yang ada di kulit, dan membersih sepenuhnya.
Disebabkan itu, sangat penting untuk mencuci muka pada waktu pagi dan malam, ingatlah bahawa mencuci secara berlebihan juga boleh memudaratkan.
Cara Cuci Muka Yang Betul Bagi Mendapatkan Kulit Berkaca
Semasa mencuci muka, pastikan terlebih dahulu bahawa anda mempunyai tangan yang bersih dan kulit muka yang bersih. Aplikasi air dan produk ke tangan lalu sapu ke muka.
Sebaiknya gosokkan produk pembersih ke seluruh muka dan leher anda dengan ringan, kemudian gunakannya dengan teknik mencuci muka gerakan bulat.
- Foto – Pinterest
Ingat, kerana kulit muka lebih sensitif, penting untuk tidak menggosok, atau memberi tekanan pada kulit ketika mencuci. Ia mestilah gerakan melingkar yang ringan, lembut, hampir mengurut produk ke setiap kulit anda. Bilas dengan air sejuk atau suam dan keringkan.
Satu lagi langkah cuci muka yang ramai lakukan adalah cuci muka selama 60 saat. Ramai yang melaporkan bahawa menggunakan kaedah 60 saat telah mengurangkan jerawat, mengetatkan liang-liang pori, dan memperbaiki keseluruhan tekstur kulit mereka.
Bagaimana nak lakukan? Lihat sini – Wanita Buktikan Cuci Muka 60 Saat Sumpah Berkesan
Sama ada berkesan atau tidak, apa kata anda mencubanya.