Menyambut kelahiran anak dalam perkahwinan, sememangnya satu anugerah terindah. Tidak kiralah apa jantina, kembar dan sebagainya yang penting sihat.
Tetapi ada segelintir pasangan menanam impian untuk memiliki anak kembar. Pelbagai jenis petua dan tips, semuanya dilakukan demi mendapatkan anak kembar.
Sama ada dari segi pemakanan, gaya hidup dan ubat-ubatan. Malah ada yang amalkan beberapa posisi seks yang dikatakan berkesan bagi mendapatkan anak kembar.
Bagi pasangan yang menggunakan teknik yang betul dan berlakunya penetrasi yang lebih dalam, peluang untuk mendapatkan anak kembar itu sangat tinggi. Jadi pertimbangkan beberapa posisi ini.
Stail Missionary Yang Klasik
Stail yang klasik ini sering dilakukan kerana ia memberikan keselesaan kepada pasangan. Selain itu, posisi seks ini juga dikatakan lebih romantik kerana pasangan saling menatap muka masing-masing.
Di samping keselesaan ketika bersama, posisi ini juga memberikan penetrasi secara mendalam. Apabila penetrasi berlaku, ia dapat meningkatkan peluang untuk hamil anak kembar.
Ini kerana sperma dapat bertemu dengan telur dengan lebih cepat memandangkan penetrasi berlaku secara terus ke rahim.
Lebih Relaks Dengan Stail Side By Side
Jika kamu dan pasangan lebih menyukai hubungan intim yang lebih relaks dan tenang, kamu boleh melakukan posisi seks ini.
Selain mewujudkan suasana yang tenang dan romantik, posisi ini juga dapat memberikan tahap kepuasan yang maksimum kepada kedua-dua pasangan.
Dalam pada masa yang sama, stail side by side ini juga dapat memberikan peluang kepada pasangan kamu melakukan penetrasi yang lebih mendalam.
Stail Standing Position Lebih Sweet
Dilakukan secara berdiri, kamu dan pasangan perlu mengambil bahagian untuk menjadikan situasi ini tidak bosan dan kekok.
Posisi seks ini juga dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada pasangan. Selain itu, ia juga dapat memberikan penetrasi yang mendalam seperti beberapa posisi yang lain.
Stail Doggy Pilihan Kebanyakan Pasangan
Mesti kamu tertanya-tanya mengapa stail ini menjadi pilihan bagi kebanyakan pasangan ketika bersama. Untuk pengetahuan kamu, posisi seks ini sebenarnya memberikan penetrasi yang cukup dalam terhadap wanita.
Walaupun stail ini dapat memberikan kepuasan kepada pasangan, sebenarnya posisi ini merupakan teknik yang terbaik dalam meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak kembar.
Ini kerana posisi seks yang sangat tepat ini memudahkan sel-sel sperma mendekati rahim dengan lebih mudah untuk bertemu dengan sel telur wanita.
Jika kamu dan pasangan mempunyai wish list untuk mendapatkan anak kembar, apa kata kamu cuba beberapa posisi seks ini. Usaha tangga kejayaan!
Selamat beramal.