• Latest
Foto - @kendalljenner (Instagram) / @yadavillaret (Instagram)

4 Jenis Kening Buat Kamu Kelihatan Lebih ‘Hot’ Tahun Ini

February 14, 2021
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Thursday, February 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

4 Jenis Kening Buat Kamu Kelihatan Lebih ‘Hot’ Tahun Ini

by Sofie Azizlan
February 14, 2021
Foto - @kendalljenner (Instagram) / @yadavillaret (Instagram)

Foto - @kendalljenner (Instagram) / @yadavillaret (Instagram)

17
SHARES
174
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak kamu rasa malas dan hilang minat untuk bersolek sejak dunia dikuarantin akibat penularan wabak pandemik COVID-19?

Sudah hampir setahun, kebanyakan wanita berasa malas dan tidak lagi mahu bersolek kerana pemakaian pelitup muka diwajibkan. Jadi buat apa bersolek kalau dilindungi dengan pelitup muka, betul tak?

Memakai pelitup muka sebenarnya tidak menjadi masalah untuk kamu mahu bersolek. Walaupun separuh daripada muka akan ditutup tetapi bahagian mata dan kening tetap dilihat oleh orang lain.

Sudah masuk tahun baru iaitu tahun 2021, kebanyakan wanita approve bentuk dan stail kening macam ini. Jadi tunggu apa lagi, lihat beberapa jenis bentuk dan stail ini dan padankan dengan bentuk wajah kamu!

Bentuk Semula Jadi Lebih Baik!

Mengekalkan bentuk kening yang semula jadi ini sebenarnya tidak memerlukan usaha yang maksimum dan profesional. Sesuai juga untuk beginner, kamu hanya memerlukan brow powder (atau brow pencil), tweezer dan spoolie.

Foto – @yadavillaret (Instagram)

Cara-caranya:

  • Lukiskan secara layang frame kening yang kamu mahu dan set.
  • Ambil tweezer dan bersihkan helaian bulu kening yang berada di luar frame.
  • Setelah selesai, ambil spoolies dan berus bulu kening yang berada dalam frame atau bentuk yang kamu mahu.
  • Jika bulu kening kamu jarang-jarang atau tidak lebat, ambil brow powder dan lukiskan sedikit di ‘tempat kosong’ kening kamu dan siap!

Kening Lebat Nampak Lebih Seksi 

Seperti Elfira Loy dan Cara Delevigne, kebanyakan wanita sangat menginginkan bentuk kening lebat seperti mereka berdua. Bentuk kening yang ikonik ini menjadi satu trend yang masih kekal sehingga sekarang.

Foto – Kosmo / Pinterest

Bagi kamu yang tidak mempunyai kening yang lebat dan menginginkannya, jangan risau kerana kamu juga boleh mendapatkannya.

Hanya menggunakan brow powder (atau brow pencil) dan eyebrow gel sahaja, kamu boleh hasilkan kening yang lebat seperti mereka.

Cara-caranya:

IKLAN

  • Dalam bentuk kening atau frame yang diingini, ambil brow powder dan mula lukiskan ‘bulu’ kening secara merapat dan tebal.
  • Lakukan dari bahagian depan sehingga ke belakang.
  • Setelah selesai, ambil brow gel dan sikat bulu kening kamu. Pastikan lakukannya dari depan sehingga ke belakang dan siap!

Tampil Lain Dengan ‘Kecilkan’ Bentuk Kening

Sangat popular pada tahun 90-an, gaya kening yang kecil ini sebenarnya mudah untuk dilakukan.

Foto – @bellahadid (Instagram) / @oliviawilde (Instagram)

Tidak perlu menggunakan bahan yang banyak dan menghabiskan masa untuk melukis kening, kamu hanya perlukan eyebrow gel dan spoolie sahaja.

Cara-caranya:

  • Menggunakan spoolie, sikat bulu kening sehingga ia menjadi nipis dan membentuk satu garisan yang kecil sahaja.
  • Kemudian, ambil brow gel dan sikatkan dari bahagian depan sehingga ke belakang.
  • Sambil menyikat kening dengan brow gel, pastikan kening kelihatan sangat nipis dalam bentuk yang kamu mahu.

Tetapkan Bentuk Kening Dalam Bentuk Lurus 

Mahu tampil dengan kening ala-ala Kendall Jenner, bentuk kening ini tidak mempunyai sudut dan ia hanya dalam sebuah bentuk yang lurus sahaja.

Foto – @kendalljenner (Instagram)

Gaya kening ini sebenarnya memberikan ilusi bentuk wajah untuk kelihatan lebih kecil daripada biasa. Mudah untuk menggayakan kening ini, kamu hanya perlukan tweezers, brow powder (atau brow pencil), spoolie dan eyebrow gel.

Cara-caranya: 

  • Lukiskan frame yang lurus sesuai dengan bentuk muka kamu.
  • Kemudian ambil tweezer dan cabut beberapa bulu kening yang berada di luar frame.
  • Rapikan bulu kening dengan spoolie dan gelapkan sedikit menggunakan brow powder.
  • Akhir sekali, set kening kamu menggunakan eyebrow gel dari bahagian depan sehingga ke belakang.

Rasanya macam tak sabar nak tengok cermin dan pilih bentuk kening yang mana sesuai untuk wajah. Kamu pula suka yang mana?

 

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: bentuk keningbentuk kening 2021bentuk kening lebatbentuk kening lurusbentuk kening nipisbentuk kening semula jaditrend keningtrend kening 2021trend kening terkini 2021
Share7Tweet4Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

4 Jenis Kening Buat Kamu Kelihatan Lebih ‘Hot’ Tahun Ini

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.