“Dah macam baby pula bila tengok kucing Sphynx ini lama-lama, geram betul rasa nak peluk sepanjang hari!”
Boleh dikatakan itulah kata-kata yang sering diungkapkan oleh peminat si manja Spyhnx tahun ini, trend pencinta kucing Sphynx sangat ramai bagi tahun 2021.
Tapi apa yang membuatkan mereka rasa terpegun dan sayang sangat dengan kucing tanpa bulu ini?
Untuk menyelongkar misteri kenapa ramai orang minat dan jatuh cinta dengan kucing Sphynx ini, ikuti kupasannya di bawah.
Bersuka Ria Dalam Air
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Kalau nak tahu kucing Sphynx ini sangat sukakan air, ya air! Tidak seperti si bulus yang lain, kucing Sphynx sangat teruja menanti waktu untuk mandi.
Ketika waktu mandi inilah terpancar gelagat serta telatah manja yang bersuka ria dalam air, sebagai pencinta kucing kamu juga pasti akan turut sama bermain air dengan si manja ini.
Sebagai Pemanas Semulajadi
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Jika badan kamu jenis mudah sejuk, nah si Sphynx bisa menjadi penyelamat kamu kerana si manja ini merupakan pemanas semulajadi.
Geng Mukbang Terbaik
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Sunyi tak ada geng nak teman makan? Si manja Sphynx adalah calon terbaik untuk geng mukbang kamu, jangan terkejut kerana si petite Sphynx ini memang makan banyak.
Si manja Sphynx mempunyai metobolisma yang tinggi, sebab itu mereka banyak makan dan sukatan makanan mereka tidak sama dengan si manja berbulus yang lain.
Corak Unik Yang Mempersonakan Jiwa
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Selain itu, warna dan corak yang terukir secara semulajadi pada kulit nipis Sphynx ini juga sangat unik serta menarik, membuatkan sesiapa yang memandangnya berasa terpesona dengan ciptaan Tuhan.
Kawan Baik Buat Homebody
- Foto – Instagram Sphynx Lover House
Bagi yang jenis tak suka atau kurang gemar keluar rumah, maka Sphynx merupakan kawan baik untuk homebody macam kamu.
Si manja tanpa bulu cukup senang menemani kamu sepanjang hari rumah tanpa kenal erti penat atau bosan, dan mereka juga sangat sensitif serta peka terhadap perubahan emosi kamu.
Tak Pening Kepala Dengan Bulu
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Bagi yang jenis suka kucing tapi tak boleh tengok bulu kucing bersepah merata-rata dalam rumah, maka si manja Sphynx ini adalah kawan baik untuk kamu.
Untung jaga si manja tanpa bulu ini adalah kerana, kamu tidak perlu serabut dengan bulu yang bersepah di lantai, perabot dan tempat tidur.
Ajak Teman Bersenam Sama
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Bagi yang nak kurus tapi tak ada semangat sebab tak ada teman, jangan risau si manja Sphynx akan coaching kamu setiap hari!
Kalau nak tahu kucing Sphynx merupakan kucing yang paling rajin dan kerap bersenam, mereka gemar lakukan senaman stretching dan sebagai tuan serta pemilik si manja ini pasti kamu juga akan ikut sama bersenam.
Supermodel Dan Fashionista Yang Hebat
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Buat yang jenis kaki shopping barangan kucing, pastinya kamu tidak ingin ketinggalan melaram dan mendandan si manja Sphynx ini bukan.
Dan menariknya kucing Sphynx ini mampu mengayakan apa saja jenis fesyen dan posing yang diaturkan, siapa sangka si manja Sphynx ini mempunyai bakat jadi supermodel dan fashionista kan?
- Foto – Instagram Sphynx Nation
Patutlah ramai pencinta si manja Sphynx tahun ini, jangan ingat kucing tanpa bulu tidak menarik perhatian mereka juga punya keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.
Sebab itulah ramai yang jatuh cinta dengan si manja tanpa bulu ini, siapa suka kucing Sphynx, kita geng♥