Makin berseri-seri Gigi Hadid setelah menjadi seorang ibu.
Model Gigi Hadid muncul dalam Youtube Vogue dan berkongsi rutin penjagaan wajah kehamilannya. Dia berkongsi beberapa produk yang diguna dan bagaimana kulitnya berubah bertambah baik.
Wanita yang melahirkan anak perempuan pada 8 September 2020, dan diberi nama Khai Hadid Malik, menjelaskan bagaimana dia harus melakukan perubahan pada rutin ketika hamil dan selepas kehamilan kerana kulitnya telah banyak berubah.
Gigi mendedahkan bahawa sepanjang kehamilan, dia hanya menggunakan produk yang bersih, dan kebanyakannya terdapat di drugstore saja. Untuk melembap, Gigi menggunakan salah satu produk keluaran Dr. Jart+ yang memang diakui keberkesanannya.
“Saya betul-betul menyukai krim pelembap ini.”
Gigi Guna Dr. Jart+ Ceramidin Cream
Serum pelembap mendalam yang menguatkan penghalang semula jadi kulit dan mencegah kehilangan kelembapan.
Sekiranya anda mendapati kulit kering dan sensitif, sudah tiba masanya anda menggunakan ceramides.
Ceramides adalah penghalang perlindungan semula jadi kulit kita, terdiri daripada intercellular lipids yang bertindak sebagai pertahanan kulit terhadap persekitaran kotor dan mengekalkan tahap kelembapan.
- Foto – Dr. Jart+
Ceramides berfungsi sama dengan kolagen, ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit anda daripada faktor persekitaran.
Ceramides membina lapisan pelindung yang merosakkan kulit dan mengunci kelembapan. Seiring bertambahnya usia, kita kehilangan ceramides, yang menyebabkan penurunan keanjalan dan kelembapan.
Ceramides Langsung Tidak Mengeringkan Kulit
Produk ini melembap dan menguatkan kulit dengan memanfaatkan kekuatan ceramides untuk menguatkan penghalang pelindung semula jadi kulit sambil memberikan peningkatan kelembapan.
Dilengkapi dengan 5-Cera Complex, berkesan untuk menguatkan kulit dan mencegah kekeringan akibat cuaca serta persekitaran, serta memperbaiki keadaan kulit yang menjengkelkan.
Rangkaian Ceramides Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Rangkaian Ceramides tidak hanya krim pelembap, malah ada beberapa pilihan sesuai untuk semua jenis kulit.
- Dr. Jart+ Ceramidin Liquid 150ml – RM190
- Dr. Jart+ Ceramidin Serum 40ml – RM210
- Dr. Jart+ Ceramidin Cream 50ml – RM220
- Dr. Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask 5EA – RM110
- Dr. Jart+ Ceramidin Lipair 7g – RM50
- Dr. Jart+ Ceramidin Cream Mist 50ml / 110ml – RM75 / RM125
Setiap range Ceramides, sesuai untuk kulit normal hingga sangat kering dan sangat berkesan bagi mereka yang mengalami kekeringan, gatal, kekasaran dan ketidakselesaan kulit secara keseluruhan.
Semua produk Dr. Jart +, termasuk Ceramidin, hanya boleh didapati di kedai Sephora dan sephora.my.