“Setiap kali berlaku tidak kisah di mana sahaja. Seorang kanak-kanak boleh hilang dalam masa satu atau dua saat sahaja.”
Boleh menjadi mimpi buruk dan panik bagi ibu bapa sekiranya anak hilang dalam jagaannya. Boleh ‘naik gila’ mencarinya.
Melihatkan situasi itu, seorang pengguna TikTok iaitu Jessica Cakmali telah berkongsi video mengenai tips mencari anak yang hilang dalam masa yang singkat.
Video Mencari Anak Menjadi Viral
Menerusi perkongsiannya di TikTok itu, Jessica telah berkongsi tips bagi mengatasi situasi itu daripada panik dan melibatkan orang ramai dalam pencarian.
Menurut Jessica, dia mengetahui tentang teknik-teknik ini selama bertahun-tahun selepas sebuah artikel dikongsi di sebuah kumpulan ibu bapa di Facebook.
Setelah video tersebut dimuat naik, kebanyakan ibu bapa berkongsi tentang pengalaman mereka menggunakan tips tersebut ketika menghadapi situasi anak hilang dalam jagaan mereka.
Jerit Dengan Kuat Dan Pastikan Orang Ramai Terlibat
Kebiasaannya ketika anak hilang, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain akan mula mencari dan memanggil nama anak dengan perlahan-lahan.
Menurut Jessica, perkara tersebut tidak akan berkesan malah jerit dengan kuat mengenai perincian anak yang hilang dan pastikan jelas untuk didengar oleh orang lain.
Selain itu, pastikan kamu tidak menggunakan ayat yang rumit dan panjang sehingga orang tidak faham. Malah kamu boleh menjerit dengan kuat seperti ini,
“Saya mencari seorang budak lelaki yang berumur 5 tahun, berambut pendek coklat, mata coklat, kemeja Nike merah dan seluar pendek hitam.”
Menjerit dengan kuat dan memberi perincian mengenai anak boleh membuatkan orang sekeliling kamu tahu bahawa ada anak yang hilang.
Kemudian, situasi ini juga akan membuatkan orang ramai menolong dan terlibat dalam pencarian anak yang hilang. Hasilnya, anak yang hilang akan dijumpai dalam masa yang singkat.
Dalam pada masa yang sama, Jessica juga mengatakan situasi jerit menjerit dan penglibatan orang ramai ini akan menakutkan dan peluang untuk penculik menculik anak akan menjadi rendah.
Bagi ibu bapa, situasi ini mungkin memalukan kamu tetapi ia memberikan hasil yang lebih baik daripada mencari secara bersendirian.
Ramai Ibu Bapa Menggunakan Tips Ini
Melihatkan perkongsian video ini, rata-rata ibu bapa mengatakan tips ini sangat berkesan ketika mereka menggunakannya.
Seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya ketika membeli belah di Kmart, Australia, dia telah berkongsi pengalaman itu di media sosial peribadinya. Katanya, keberkesanan tips Jessica itu membuatkan dia menjumpai anaknya semula dalam masa yang singkat dengan bantuan orang ramai.
Untuk ibu bapa, kamu perlu tahu dan praktikkan tips ini bagi membantu menghadapi situasi ini pada masa akan datang.
@jesmartini PSA that I feel can save kids and I’ve used- if your child goes missing in public #momsoftiktok #PSA #nojudgement #fyp #4up #besafe #parentsoftiktok
Ingat, jangan panik tapi berfikir untuk anak kamu!