Orang selalu kata siapa miliki bibir besar sebenarnya seorang yang kuat cium, dan ada juga yang kata individu yang mempunyai bibir besar ini sebenarnya tidak kuat cium.
Jadi yang mana satu sebetulnya, andaian yang mana sebenarnya fakta dan yang mana satu adalah auta? Jom selongkar jawapannya di bawah.
Bergantung Pada Personaliti
- Foto – Pinterest
Sebenarnya jika nak ditafsirkan seseorang itu kuat cium atau tidak berdasarkan ketebalan bibir seseorang itu adalah tidak logik, ianya bergantung pada personaliti seseorang itu sendiri.
Adakah dirinya seorang yang suka melakukan sentuhan fizikal dengan ciuman atau sebaliknya, jadi tiada betul atau salah dalam soal ini semuanya bergantung pada diri masing-masing.
Keinginan Seksual Berbeza
- Foto – The Sun
Selain itu, kalau nak kata individu berbibir besar tak kuat cium pun tak boleh juga kerana ianya bergantung pada tahap atau keinginan seksual masing-masing.
Keinginan seksual yang berbeza, menyukarkan untuk menilai sama ada invididu berbibir besar sebenarnya kuat cium atau tidak.
Saiz Bibir Bukan Kayu Ukur
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, saiz bibir besar bukanlah kayu ukur kita hendak menilai bahawa mereka yang memiliki bibir besar adalah seorang yang tidak kuat cium atau sebaliknya.
Semuanya berbalik pada diri sendiri, sama ada diri jenis tidak mudah tergoda dengan rangsangan atau sebaliknya.
Pengaruh Pasangan
- Foto – Prima
Jika seseorang berbibir besar pada awalnya tidak kuat cium, boleh jadi semuanya boleh berubah tatkala di pengaruhi dengan pasangan yang jenis kaki cium.
Jadi faktor sebegini sebenarnya merupakan variable yang kita sendiri tak boleh nak jangkakan, kerana jika diri tak kuat cium boleh jadi esok lusa berubah kerana terpengaruh dengan pasangan sendiri.
- Foto – Pinterest
Jadi jika di lihat faktor-faktor di atas ini, individu berbibir besar merupakan seorang yang tak kuat cium adalah auta.
Dan kita sendiri tak boleh nak terus sangkal mereka ini jenis tak kuat cium atau sebaliknya kerana setiap orang berlainan dan tidak patut dilabelkan dengan kayu ukur sebegitu betul tak?
Selamat beramal♥